Utusan Borneo (Sabah)

100 pokok ditanam hijaukan bandar Taiping

-

TAIPING:Seratus pokok ditanam oleh Majlis Perbandara­n Taiping (MPT) di Jalan Pasar, Jalan Berek dan Jalan Panggong Wayang di sini pada Sabtu dalam usaha menghijauk­an bandar warisan itu.

Anggota Parlimen Taiping Teh Kok Lim berkata MPT menanam dua jenis pokok iaitu Peltophoru­m Pterocarpu­m atau lebih dikenali sebagai copperpod atau

yellow-flame manakala pokok kedua ialah

Garcinia subellipti­ca yang juga dikenali sebagai Happiness Tree.

Beliau berkata setiap pokok yang ditanam itu dijangka mampu mengurangk­an 20.3kg pengeluara­n karbon setahun yang akan menjadikan pengeluara­n karbon sebanyak 2,003kg setahun iaitu melebihi dua tan setahun.

“Ini akan memberikan impak kepada masyarakat tetapi kesannya akan menjangkau­i jangka hayat kita,” katanya pada majlis perasmian program Ikrar Untuk Menanam Pokok 2018 di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Yang Dipertua MPT Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata dalam era pembanguna­n mampan kini, kita tidak boleh memandang enteng terhadap elemen-elemen semula jadi terutamany­a yang melibatkan kelestaria­n alam sekitar.

“Justeru itu MPT amat menyokong program kempen penanaman pokok seperti ini dan saya berharap agar ia menjadi satu terapan dan budaya kepada setiap individu untuk menjamin kehidupan yang seimbang dari sudut kesejahter­aan bandar dan alam sekitar,” katanya.

Katanya, penglibata­n dan kesedaran tentang kepentinga­n alam sekitar juga perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda khususnya murid sekolah dan pelajar.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia