32,985 OKU sudah berdaftar

Di JPKA sehingga Oktober 2018

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTAKINABALU:Statistik Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA) merekodkan seramai 32, 985 Orang Kelainan Upaya (OKU) sudah berdaftar di jabatan itu, sehingga Oktober tahun ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, daripada jumlah itu, ia dipecahkan kepada tujuh kategori OKU.

“Bilangan OKU pendengaran adalah 2,556, penglihatan 2,902, pertuturan 290, fizikal 9,099, masalah pembelajaran 13, 420, mental 2,541, dan pelbagai seramai 1,909 bagi seluruh negeri Sabah.

“Pendaftaran OKU ini penting kerana pihak kerajaan dapat mengenal pasti taburan OKU mengikut kategori ketidakupayaan, merancang program pemulihan, latihan, danpendidikan,perkhidmatan serta kemudahan yang sesuai kepada golongan ini,” katanya ketika merasmikan Penutupan Karnival OKU sempena sambutan Hari OKU peringkat negeri, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Politik Phoong Jin Zhe.

Jelas Stephen, kerajaan kini komited meningkatkan kesejahteraan kanak- kanak OKU, sekaligus mewujudkan masyarakat penyayang serta meningkatkan kesedaran mengenai stigma dsn diskriminasi yang dihadapi golongan ini.

Untuk itu kementeriannya menyokong penuh dan berhasrat menjalankan aktiviti yang lebih inklusif di seluruh Sabah bagi meningkatkan kesedaran mengenai pandangan orang ramai terhadap mereka.

“Kita berada dalam misi untuk mengubah hati dan minda untuk lebih menerima, menyokong serta membolehkan kanak- kanak OKU ini terus seiringan dalam apa jua peluang, kemudahan serta perkhidmatan sedia ada.

“Justeru, saya menyeru pihak Tabung Kanak- Kanak Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (Unicef), pertubuhan sukarela, sektor korporat, badan NGO termasuk komuniti untuk bersamasama membantu merancang, menyedia program serta kemudahan OKU,” katanya.

Tambahnya, JPKA juga terus komited membela nasib kumpulan sasar ini dengan menawarkan bantuan kewangan seperti Elaun Pekerja Cacat (EPC) iaitu penerima seramai 1, 378 orang, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) seramai 1, 272 penerima dan sebagainya.

Selain itu katanya Bantuan Penjagaan OKU dan pesakit Kronik Terlantar (BPT) turut membabitkan seramai 2, 152 penerima, manakala Skim Bantuan Am (SBAM) melibatkan seramai 4, 330 penerima.

Katanya,ProgramKhidmat Komuniti turut disediakan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada golongan ini menjalani kehidupan seharian lebih selesa, dihormati, dan tidak merasai diri mereka disisihkan.

Terdahulu, lebih 500 kanak- kanak OKU dan bukan OKU, ibu bapa, guru, penjaga mengambil bahagian dalam ‘We are all special: a carnival for all’ yang berlangsung di Perpustakaan Negeri Sabah.

Karnival berkenaan dianjurkan oleh JPKA, dengan kerjasama Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS), Balai Seni Lukis Sabah, organisasi masyarakat, dan Unicef.

“Pendaftaran OKU ini penting kerana pihak kerajaan dapat mengenal pasti taburan OKU mengikut kategori ketidakupayaan, merancang program pemulihan, latihan, dan pendidikan, perkhidmatan serta kemudahan yang sesuai kepada golongan ini.

DATUK STEPHEN WONG TIEN FATT Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat

PHOONG (kiri) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang wakil peserta pameran pada Karnival OKU yang berlangsung di Perpustakaan Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.