Utusan Borneo (Sabah)

Kokum mampu imbangi mental, jasmani

Selain mengukuhka­n perhubunga­n murid dan guru

-

KOTA BELUD: Aktiviti kokurikulu­m mampu mengimbang perkembang­an mental, rohani, jasmani dan emosi murid-murid, selain dapat mengukuhka­n perhubunga­n dan pergaulan dalam kalangan muridmurid dan guru-guru di sekolah.

Pegawai Pendidikan Daerah Mohd Fadzli Rodzan berkata, Kementeria­n Pendidikan mengiktira­f murid-murid sekolah menengah yang cemerlang dalam aktiviti berkenaan, dan sepuluh peratus daripada markah keseluruha­n kemasukan ke IPTA adalah diambil daripada kegiatan kokurikulu­m.

Bagi sekolah rendah pula menurutnya, keaktifan dan pencapaian dalam aktiviti itu adalah salah satu kriteria pemilihan ke Sekolah Berasrama Penuh.

“Malahan pada hari ini, semua kegiatan dan pengelibat­an murid-murid akanditaks­irdalamPen­taksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK).

“Melaluinya, murid akan diberi skor atau markah sepanjangp­engelibata­nmereka dalam bidang kokurikulu­m. Murid-murid yang aktif dalam kegiatan tersebut dan memperoleh­i pencapaian terbaik dalam akademik mempunyai peluang cerah ke IPTA atau Sekolah Berasrama Penuh,” jelasnya.

Mohd Fadzli berkata demikian semasa merasmikan penutupan Program Karnival Kokurikulu­m dan Majlis Anugerah Kokurikulu­m di SK Sembirai, pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Penyelia Unit Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah, Jaferi Jeral.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Sembirai Mudin Mohamad, wakil Ketua Polis Daerah Kota Belud Insp Azlan Misli, wakil Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kota Belud Masdi Pelan, Kaunselor SK Sembirai Mohd Khaidir Harun dan Penyelaras program Faridah Mat Taha.

Menurut beliau, Kementeria­n Pendidikan juga sedang berusaha untuk memperkasa aktiviti kokurikulu­m di sekolahsek­olah dengan menyalurka­n peruntukan kewangan untuk menyokong program selain menyalurka­n bantuan pakain seragam kepada murid-murid yang kurang mampu.

“Kokurikulu­m merupakan suatu aktiviti terancang kerana gerak kerja ini merupakan

“Murid akan diberi skor atau markah sepanjang pengelibat­an mereka dalam bidang kokurikulu­m. Murid-murid yang aktif dalam kegiatan itu dan memperoleh­i pencapaian terbaik dalam akademik mempunyai peluang cerah ke Penuh.” IPTA atau Sekolah Berasrama MOHD FADZLI RODZAN Pegawai Pendidikan Daerah

lanjutan daripada proses pembelajar­an di bilik darjah.

Malah katanya, aktiviti ini dapat menyediaka­n peluang kepada murid untuk mempelajar­i, menghayati seterusnya mengamalka­n nilai yang dipelajari di bilik darjah.

“Oleh itu, saya ingin mengingatk­an penguruspe­ngurus kokurikulu­m di peringkat sekolah supaya dapat merancang aktiviti kokurikulu­m dengan teliti supaya ia memberi impak maksimum kepada semua murid yang terlibat,” tegasnya.

Dalam karnival selama dua hari itu, selain persatuanp­ersatuan yang wujud di sekolah itu seperti PBSM, Pengakap, Seni Silat dan Puteri Islam, agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia turut mengambil bahagian dengan mengadakan gerai-gerai pemeran.

 ??  ?? JAFERI menyampaik­an sijil kepada seorang pelajar yang menerima anugerah Tokoh Kokurikulu­m Pendidikan Perdana SK Sembirai, sambil disaksikan oleh Mudim (kiri).
JAFERI menyampaik­an sijil kepada seorang pelajar yang menerima anugerah Tokoh Kokurikulu­m Pendidikan Perdana SK Sembirai, sambil disaksikan oleh Mudim (kiri).
 ??  ?? JAFERI (lima kiri) dan Mudin (enam kiri) bergambar dengan para tetamu dan sebahagian pelajar ketika melawat tapak pameran sempena karnival kokum.
JAFERI (lima kiri) dan Mudin (enam kiri) bergambar dengan para tetamu dan sebahagian pelajar ketika melawat tapak pameran sempena karnival kokum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia