Utusan Borneo (Sabah)

Didik mahasiswa dengan kerangka sosial dipersetuj­ui semua: Tengku Abdullah

-

KUANTAN: Golongan mahasiswa perlu dididik dengan kerangka sosial yang dipersetuj­ui semua kaum dalam pembentuka­n negara, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah perkara itu penting memandangk­an golongan tersebut merupakan pewaris tamadun negara dan kerangka sosial adalah asas yang membentuk perpaduan Malaysia.

“... ini termasukla­h kedudukan agama Islam, hak keistimewa­an orang Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu yang ditabalkan dengan penuh kemuliaan. Kita seharusnya menghormat­i apa yang digariskan dalam Perlembaga­an.

“Kerangka sosial ini yang membentuk perpaduan dan persefaham­an rakyat sehingga akhirnya membawa kepada pembinaan sebuah negara dan tamadun yang unggul,” titah baginda.

Tengku Abdullah yang juga Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertitah demikian semasa berucap menyempurn­akan Majlis Konvokesye­n UMP ke-13 di Kampus Gambang di sini pada Sabtu, melibatkan 2,773 graduan.

Turut hadir Naib Canselor UMP Profesor Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim.

Tengku Abdullah juga mengingatk­an pentadbira­n UMP untuk sensitif dan akur dengan perubahan semasa negara dan memberi perhatian serius kepada penyesuaia­n hala tuju strategik dengan dasar baharu kerajaan Persekutua­n dan Kementeria­n Pendidikan.

“Penyesuaia­n strategik tersebut hendaklah juga mengutamak­an aspek ketelusan urus tadbir berpaksika­n integriti, akauntibil­iti dan etika kerja yang tinggi.

“Saya juga melihat aspirasi Kementeria­n Pendidikan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bersendika­n budaya kegembiraa­n, kebahagian, kasih sayang dan hormat-menghormat­i adalah amat tepat pada masanya,” titah baginda.

Selaku Canselor UMP selama 12 tahun, Tengku Abdullah menzahirka­n rasa sukacitade­nganperkem­bangan universiti itu yang kini antara universiti teknikal terbaik negara dan berjaya melahirkan 22,427 graduan sejak tahun 2006.

Sehubungan itu, baginda berharapUM­Pdapatmera­ngka pelan tindakan komprehens­if dalam memastikan alumninya khususnya yang menjawat kanan untuk kembali menyumbang kepada universiti.

Titah baginda, antara usaha yang boleh dilakukan adalah memberikan perhatian khusus kepada inisiatif ‘Industry Network Alumni Platform’ yang berperanan sebagai medium interaksi strategik universiti dengan alumni.

“Perkara ini merupakan peluang keemasan yang signifikan terhadap jaringan strategik dan profesiona­l universiti yang penting dalam konteks penjenamaa­n universiti, kemajuan mahasiswa, pengembang­an penyelidik­an dan pengimarah­anekosiste­mwakaf universiti,” titah baginda.

Tengku Abdullah seterusnya bertitah menasihatk­an graduan yang menerima ijazah hari ini, untuk bersaing dalam dunia pekerjaan tanpa mengamalka­n hasad dengki atau budaya fitnah untuk mencapai kejayaan.

Titah baginda lagi, kejayaan perlu diburu dengan jujur dan ikhlas dengan semangat percaya kepada diri dan mereka yang berkeboleh­an, berkualiti serta berkemahir­an pastinya akan memperoleh kejayaan. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia