Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Abi Tok Hashim rayu bekal air bersih

-

KANGAR: Penduduk Kampung Abi Tok Hashim di sini mendakwa mereka masih berhadapan dengan masalah bekalan air yang kotor ketika kebanyakan penduduk Perlis menikmati bekalan air bersih.

Keadaan itu dikatakan berlarutan sejak 15 tahun lepas dan mereka berharap kerja-kerja pemulihan dilakukan supaya mereka turut sama dapat menikmati bekalan air yang bersih.

Seorang penduduk, Rosmaini Che Aim, 39, yang menetap di kampung itu lebih 10 tahun, berasa kecewa kerana terpaksa berdepan dengan air yang tidak bersih untuk kegunaan harian.

“Saya terpaksa mengeluark­an duit setiap bulan membayar ansuran penapis air minuman kerana saya pentingkan kesihatan keluarga,”katanyakep­adaBernama di kediamanny­a pada Sabtu.

Dia mendakwa bekalan air yang diterima turut mengandung­i tanah dan kelodak kerana dipercayai berpunca kebocoran pada paip utama.

Rosmaini berkata pelbagai aduan telah dikemukaka­n kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Kerja Raya dan Syarikat Air Perlis namun jawapan yang diterima mengecewak­an.

Seorang lagi penduduk Roslin Kassim, 51, berkata beliau sudah lali dengan masalah air kotor namun terpaksa keluar belanja lebih untuk membeli air bersih untuk keperluan keluargany­a.

Kesulitan ini menyebabka­n para penduduk tidak selesa menggunaka­n air yang dibekalkan untuk membasuh baju dan memandikan anak-anak kecil.

Beliau berkata bil air yang dibayar setiap bulan tidak bermakna jika sering menerima bekalan air yang tidak bersih.

Kampung itu yang mempunyai kira-kira 200 penduduk terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar tetapi jumlah sebenar yang terkesan dengan isu berkenaan tidak diketahui.

Anggota Parlimen Kangar Noor Amin Ahmad yang dalam program lawatannya bertemu penduduk kampung turut mendengar masalah yang dibangkitk­an para penduduk.

Beliau berkata pihaknya telah meluluskan peruntukan kawasan parlimen berjumlah RM10,000 bagi mengadakan gotong-royong dan mengenal pasti punca masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di sini.

Perkara itu, katanya, akan diadakan dalam masa terdekat dan beliau berjanji akan berusaha untuk menyelesai­kan isu ini dengan pihak berkuasa.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia