Utusan Borneo (Sabah)

Ada cubaan sabotaj proses pengundian di Lawas: PKR Sarawak

-

LAWAS: PKR Sarawak akan membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyalahgu­naan kuasa oleh pihak luar untuk mensabotaj proses pengundian PKR cabang Lawas pada Sabtu.

Pengerusin­ya Baru Bian berkata berdasarka­n maklumat, pihaknyame­nerima panggilan pada pukul 11.30 malam pada Jumaat untuk memaklumka­n bahawa kebenaran menggunaka­n Stadium Tertutup Lawas ditarik balik, sekali gus tidak membenarka­n proses pengundian PKR cabang Lawas pada pada Sabtu.

“Alasan yang diberi ialah ketika surat permohonan diserahkan kepada pengurusan stadium serta pihak berkuasa tempatan, kita menyatakan tujuan Stadium Tertutup Lawas digunakan ialah majlis kesyukuran dan bukan untuk tujuan politik,” katanya kepada pemberita selepas mengundi bagi pemilihan PKR cabang Lawas pada Sabtu.

Baru yang menang tanpa bertanding jawatan Ketua PKR cabang Lawas menafikan alasan yang diberi itu kerana surat permohonan yang diserahkan dan diluluskan secara jelas menyatakan Stadium Tertutup Lawas akan digunakan untuk proses pengundian serta mematuhi semua undangunda­ng sedia ada.

“Kita sudah mendapat kelulusan dan sudah membayar sewa RM500 untuk menggunaka­n Stadium Tertutup Lawas tapi di saatsaat akhir diberitahu tidak boleh digunakan, ini cubaan sabotaj dan salah guna kuasa” katanya, sambil mendakwa arahan penarikan balik tersebut dibuat oleh pegawai kanan kerajaan negeri yang memegang jawatan Setiausaha Tetap.

Baru berkata walaupun pada akhirnya proses pengundian dibenarkan dibuat di Stadium Tertutup Lawas pada pada Sabtu namun tindakan awal menarik balik kebenaran tidak sepatutnya berlaku dan tidak menggambar­kan pendirian Gabungan Parti Sarawak yang bersedia bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n.

Beliau mendakwa tindakan sabotaj juga berlaku di dua PKR cabang Lubok Antu serta Julau namun ia berlaku beberapa hari sebelum proses pengundian berlaku dan tidak seperti PKR cabang Lawas yang dimaklumka­n pada saatsaat akhir.

Mengenai pengundian pada Sabtu, beliau berkata, proses pengundian berjalan lancar dan berharap semua aanggota menghormat­i keputusan pengundian demi perpaduan parti.

Sebagai rekod PKR cabang Lawas mempunyai seramai 1,521 pengundi yang layak mengundi pada pada Sabtu.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia