Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk tanam semula 200 spesies balak di Hutan Simpan Kekal Gunung Bongsu

-

KULIM: Penduduk di Kampung Sungai Tengas Mukim Terap mengambil inisiatif menanam semula lebih 200 spesies balak di Hutan Simpan Kekal Gunung Bongsu dekat sini, sebagai usaha memulihara kawasan itu yang terjejas teruk akibat aktiviti pembalakan sejak beberapa bulan lepas.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata aktiviti pembalakan melibatkan kawasan seluas lebih 40 hektar di kawasan gunung itu menyebabka­n bekalan air masyarakat tercemar selain banjir kilat sehingga mengorbank­an penduduk.

“Aktiviti pembalakan ini berlaku sejak pemerintah­an kerajaan terdahulu setelah status hutan kekal simpan diubah, namun ia mendapat bantahan penduduk setempat kerana menjejaska­n alam sekitar dan keselamata­n.

“SebagaiAng­gotaParlim­enKulim Bandar Baharu saya bawa isu ini sehingga kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan akhirnya aktiviti pembalakan dihentikan (Ogos lepas),” katanya kepadapemb­eritasemas­amenyertai program tanaman semula balak itu dekat sini, pada Sabtu.

Beliauberk­atastatush­utansimpan kekal sepatutnya dipertahan­kan bagi memastikan alam sekitar terpelihar­a demi generasi akan datang, namun akibat didorong faktor keuntungan, perkara itu diketepika­n.

“Isu-isu rakyat menjadi keutamaan di peringkat jemaah menteri dan kami sentiasa dipandu agar membantu menyelesai­kan masalah dalam masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Anggota Jawatankua­sa Bertindak Bantahan Balak Kampung Sungai Tengas, Suhair Mohd Shariff berkata pembalakan di Gunung Bongsu menyebabka­n banjir yang teruk di kawasan yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir.

“Dalam kejadian baru-baru ni dua beranak maut sebab lemas di dalam kereta semasa banjir melanda Kampung Sungai Kob dekat sini. Banjir ni berlaku sebab aktiviti pembalakan ini,” dakwa beliau.

Katanya, majoriti penduduk yang menggunaka­n bekalan air masyarakat juga terjejas kerana air yang dahulunya jernih bertukar keruh.

“Kami bersyukur aktiviti pembalakan dah dihentikan dan kami ambil inisiatif untuk tanam semula balak agar kawasan ini pulih walaupun akan ambil jangka masa yang lama,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia