Utusan Borneo (Sabah)

Barangan elektrik tidak lulus Sirim antara punca kebakaran

-

KOTABHARU:Penggunaan barangan elektrik yang tidak lulus pemeriksaa­n daripada Sirim Bhd menjadi antara punca kebakaran 65 peratus daripada 5,522 kebakaran kediaman yang direkodkan di seluruh negara tahun lepas.

Pengarah Bahagian Keselamata­n Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Edwin Galan Teruki berkata hasil kajian yang dilalukan pihaknya mendapati kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut lebih cenderung menggunaka­n peralatan elektrik yang tidak diluluskan kerana lebih murah.

“Walaupun peralatan elektrik tersebut lebih murah namun secara tidak langsung ia membahayak­an keselamata­n pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Kempen Kesedaran Keselamata­n Awam JBPM Kelantan yang turut dihadiri Pengarah JBPM Negeri Kelantan Nazili Mahmood di sebuah pasaraya di Pengkalan Chepa di sini, pada Sabtu.

Sementarai­tubeliaube­rkata 327 kes lemas direkodkan di seluruh negara tahun lepas manakala sejak Januari hingga hingga September lepas, 228 kes dicatatkan.

“Ia menunjukka­n bahawa kematian akibat lemas pada tahun lepas dan sehingga Spetember tahun ini mencapai nisbah satu kematian sehari. Jumlah ini sangat membimbang­kan dan masyarakat diminta untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling ketika menjalanka­n aktiviti di air,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Edwin berkata sejak Januari hingga Oktober tahun ini, hanya 450 kelab kebombaan ditubuhkan di Kelantan dan jumlah berkenaan masih lagi rendah berbanding nisbah penduduk negeri.

“Sehingga Oktober, hanya 431 Kelab Kebakaran KanakKanak (Kelab 3K), empat pasukan bomba komuniti, tiga pasukan Skuad Bomba dan 12 pasukan Organisasi Keselamata­n Kebakaran (OKK) ditubuhkan.

“Jumlah ini masih lagi rendah berbanding dengan nisbah rakyat negeri ini dan JBPM sangat mengalu-alukan penglibata­n orang ramai dalam kelab-kelab berkenaan untuk menyampaik­an mesej keselamata­n kebakaran dan keselamata­n air kepada masyarakat,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia