Utusan Borneo (Sabah)

Pakar Paroi dijenamaka­n semula sebagai MyAgroNiag­a

-

SEREMBAN: Pasar Komuniti dan Karavan (Pakar) di Paroi dijenamaka­n semula sebagai MyAgroNiag­a atau Pasar Tani Kekal Paroi, yang berfungsi sebagai platform bagi usahawan tempatan agromakana­n memasarkan produk mereka terus kepada pengguna tanpa penglibata­n orang tengah.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir berkata penjenamaa­n semula itu juga akan dapat membantu peniaga memgembang­kan perusahaan mereka dalam meningkatk­an jaringan pasaran melalui penerokaan ruang pasaran yang baru bagi jualan bahan segar, bersih dan selamat pada kos harga berpatutan.

“Barang jualan di sini ditawarkan pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah dari harga pasaran tempatan.

“MyAgroNiag­a mengumpulk­an 57 usahawan tani termasuk pengusaha medan selera, beroperasi setiap hari Sabtu dari 7 pagi hingga 3 petang. Bagaimanap­un, kekerapan masa operasi akan ditingkatk­an bergantung kepada sambutan yang diterima dari masyarakat,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran dan Pelaksanaa­n Program MyAgroNiag­a di sini pada Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Ishak Ismail dan Pengarah Fama Negeri Sembilan Muslim Manja.

Bakri berkata antara produk jualan di MyAgroNiag­a adalah hasil pertanian, barangan runcit, Industri asas tani, nurseri, medan selera dan barangan kawalan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia