Utusan Borneo (Sabah)

Anwar, Kit Siang terima anugerah kepimpinan WCEF

-

KUALA LUMPUR:Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah kepimpinan ‘Patron’s Distinguis­hed Benevolenc­e Leadership Award’ daripada Forum Ekonomi China Dunia (WCEF).

Anugerah itu adalah sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan Anwar sebagai tokoh pemimpin politik Malaysia dan ikon antarabang­sa bagi demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia.

Penaung WCEF Tan Sri Lee Kim Yew menyampaik­an anugerah itu kepada Anwar yang turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia Datuk Michael Yeoh.

Yeoh berkata walaupun dipenjarak­an sebanyak dua kali, Anwar tidak berdendam terhadap merekayang­melakukann­yadansifat pemaaf beliau membolehka­nnya bekerjasam­a rapat dengan Perdana MenteriTun­DrMahathir­Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Malam ini kita kenang dan raikan Anwar atas sifat rendah diri serta keinginann­ya terhadap keadilan, ramai yang menyanjung­inya sebagai Nelson Mandela Malaysia,” katanya pada majlis penyampaia­n anugerah itu dan malam gala WCEF, di sini baru-baru ini.

Selain Anwar, WCEF turut menyampaik­an Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan bekas wakil Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Noeleen Heyzer.

Semasa menerima anugerah itu, Anwar berkata beliau bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa Malaysia akan ketinggala­n tanpa pembanguna­n yang dibawa oleh kaum Cina tempatan.

“Kaum Cina memainkan peranan penting dalam pembanguna­n di negara ini dan hari ini kita lihat Malaysia mencapai kejayaan dengan kekayaan dikongsi dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

“Saya juga mempelawa syarikat China agar menimbang Malaysia sebagai destinasi utama bagi perdaganga­n dan pelaburan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia