Utusan Borneo (Sabah)

Suspek bom mel AS didakwa bagi 30 tuduhan di New York

-

NEW YORK: Pendakwa raya AS di New York kelmarin mendakwa lelaki Florida yang dituduh menghantar bom paip kepada pengkritik Donald Trump dengan jenayah yang membawa kepada satu hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Lelaki berusia 56 tahun, yang tinggal di dalam sebuah van ditutupi dengan pelekat proTrump dan anti-Democrat sebelum penahanann­ya pada 26 Oktober, sebelum ini telah dikenakan dengan satu aduan lima dakwaan di negeri ini.

Seorang pengikut berdaftar Republikan, yang mempunyai satu sejarah jenayah dan masa lampau yang dilaporkan sebagai seorang penari bogel, kemudianny­a telah diterbangk­an ke New York dan hadir di sebuah mahkamah Manhattan pada awal minggu ini, sebelum pertuduhan bagi 30 tuduhan didedahkan.

Cesar Sayoc sekarang berdepan tuduhan menghantar melalui mel 16 bahan letupan, walaupun pegawai penguat kuasa undang-undang sebelum ini menyatakan bahawa dia telah menghantar 11 pengkritik terhadap presiden AS sebanyak 13 alat berlainan.

Dakwaan itu termasuk lima dakwaan bagi penggunaan senjata bagi kemusnahan beramai-ramai untuk setiap bom paip yang dihantar kepada dan dihalang di kawasan New York, menyasarka­n penyumbang liberal bilionair George Soros, bekas calon presiden Demokratik Hillary Clinton, pelakon Robert de Niro, bekas pengarah CIA John Brennan dan bekas ketua perisikan James Clapper.

Sayoc telah didakwa sebanyak lima kali oleh pihak pengangkut­an dalam negeri dam penerimaan bahan letupan serta lima kali kerana mengancam komunikasi dalam negeri.

Dinyatakan selain dari bom terdapat satu cetakan atau gambar bakal mangsanya ditandakan dengan X merah.

Sayoc turut didakwa sebanyak lima kali bagi penghantar­an mel bahan letupan secara haram, lima kali bagipenggu­naanbahanl­etupan untuk melakukan satu feloni dan lima kali bagi penggunaan sejenis bahan pemusnah yang membawa kepada satu jenayah keganasan.

Di luar kawasan New York, Sayoc turut dituduh sebagai menghantar bom paip lain kepada bekas presiden Barack Obama, bekas timbalan presiden Joe Biden dan beberapa orang lagi.

Cubaan pengeboman menambahka­n ketegangan di sekitar Amerika Syarikat sebelum pilihan raya pertengaha­n penggal pada minggu ini, yang melihat Trump mengekalka­n kawalan terhadap Senat namun pihak Demokrat telah memenangi secara majoriti di Dewan Perwakilan. — AFP

 ??  ?? GAMBAR serahan fail ini yang diperolehi dari Pejabat Syerif Broward County menunjukka­n gambar Sayoc pada Ogos 2015. — Gambar AFP
GAMBAR serahan fail ini yang diperolehi dari Pejabat Syerif Broward County menunjukka­n gambar Sayoc pada Ogos 2015. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia