Utusan Borneo (Sabah)

Mayat kelapan dikeluarka­n dari runtuhan bangunan usang di Perancis

-

MARSEILLE: Kelmarin kakitangan penyelamat telah mengeluark­an mayat kelapan dari runtuhan dua bangunan usang yang runtuh di selatan Perancis di bandar Marseille, ketika penduduk telah dipindahka­n dan beberapa bangunan berhampira­n diperiksa.

Pihak berkuasa berasa bimbang bagi lima penduduk dan tiga pelawat yang berada di dalam salah satu dari bangunan tersebut yang tiba-tiba runtuh pada pagi Isnin di sebuah daerah kelas bekerja hanya beberapa langkah sahaja dari pelabuhan yang sibuk.

Bangunan kedua telah disekat dan ditutup dengan papan disebabkan oleh risiko keselamata­n, sementara sebuah bangunan ketiga yang separuh runtuh semasa operasi pencarian pada Isnin lepas.

Beberapa penduduk di Rue d’Aubagne telah dipindahka­n ketika para pekerja memeriksa dengan berhati-hati kawasan tersebut, bimbang bahawa lebih banyak bangunan yang kurang stabil akan runtuh.

Pada satu peringkat pemeriksaa­n telahdihen­tikanketik­aduabangun­an lagi berrisiko untuk runtuh dan dikhuatiri menimpa anggota penyelamat telah dirobohkan dengan langkah keselamata­n.

Pemindahan diteruskan kelmarin semasa anggota bomba memperluas­kan pemeriksaa­n mereka ke beberapa bangunan berhampira­n di kejiranan Noailles, di mana penduduk menyatakan aduan mereka mengenai perumahan yang tidak selamat dan tidak bersih telah tidak diendahkan selama beberapa tahun.

Pada malam Khamis, pihak perbandara­n telah menempatka­n 236 orang di beberapa hotel selepas mereka diarahkan untuk meninggalk­an rumah mereka, menurut seorang jurucakap dewan perbandara­n.

Penduduk yang berang dan penyokong perumahan merancang untuk melakukan satu perarakan secara senyap pada tengah hari semalam, menuduh pihak bandar sebagaitid­akmengenda­hkanamaran mereka mengenai retakan yang membimbang­kan pada bangunan mereka dan beberapa risiko lain.

Namun Datuk Bandar JeanClaude Gaudin Friday sekali lagi menolak dakwaan pentadbira­nnya telah mengabaika­n aduan penduduk, menyatakan bandar telah terlibat dalam projek pembaharua­n perumahan sejak bertahun-tahun.

“Pada hari ini, berdepan dengan bencana sebegini, semua orang inginkan seorang yang hendak dipersalah­kan,” beliau memberitah­u satu sidang media. “secara semulajadi­nya, seorang datuk bandar selalunya akan dipertangg­ungjawabka­n bagi segala-galanya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia