Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Perak tidak akan campur tangan pemilihan presiden baharu Pafa

-

IPOH: Kerajaan negeri tidak akan campur tangan dalam urusan pemilihan calon Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) yang baharu bagi menggantik­an Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang meletakkan jawatannya pada Khamis.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia dan Sukan negeri Howard Lee Chuan How berkata ini kerana pendiriank­erajaanneg­eripimpina­n Pakatan Harapan (PH) tidak akan mencampuri hal ehwal dalaman mana-mana persatuan sukan.

“Saya ingin tegaskan hal persatuan adalah hak persatuan

serta anggota dan AJK (anggota jawatankua­sa) persatuan dan kerajaan negeri tidak akan sekalikali masuk campur.

“Inilah pendirian kerajaan Persekutua­n, mahu pun kerajaan negeri memberi ‘kemerdekaa­n’ kepada penggiat-penggiat bola sepak untuk membuat keputusan tanpa campur tangan daripada pihak pentadbira­n kerajaan,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Lee turut memuji tindakan Hasnul yang meletakkan jawatan atas rasa tanggungja­wab susulan daripada aksi dan tindakanny­a yang dianggap keterlalua­n dalam meraikan kejayaan bersama Piala Malaysia yang dimenangi pasukan ‘The Bos Gaurus’.

“Saya menyambut baik keputusan Hasnul (meletakkan jawatan) yang saya rasa adalah sesuatu amat bijak dan ini keputusan yang diputuskan oleh beliau sendiri,” katanya.

Selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Eksekutif kali kedua PAFA di sini pada Khamis, Hasnul mengumumka­n peletakan jawatan sebagai Presiden PAFA berkuatkua­sa serta merta selepas memegang tampuk pentadbira­n badan induk itu sejak 21 Julai lalu.

Hasnul berkata peletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik dan tugas selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sebelum ini, Hasnul yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembanguna­n Koperasi negeri telah dikritik hebat para penyokong bola sepak tempatan untuk meletakkan jawatannya kerana telah memuat naik gambarnya bersama Piala Malaysia yang diletakkan di celah kangkang. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia