Utusan Borneo (Sabah)

Kecemerlan­gan Martial berbaloi

Disenaraik­an dalam skuad Perancis oleh Didier Deschamps

-

PARIS: Prestasi cemerlang Anthony Martial (gambar) baru-baru ini bersama Manchester United telah dibalas dengan panggilan untuk menyertai skuad Perancis oleh jurulatih Didier Deschamps kelmarin.

Martial, yang menjaringk­an lima gol dalam empat perlawanan terakhir United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), akan bermain dalam perlawanan Perancis dalam Liga Negara-Negara di Belanda pada 16 November dan dalam perlawanan persahabat­an mereka di tempat sendiri menentang Uruguay empat hari kemudian.

Martial, 22, tidak menyertai skuad Perancis yang memenangi Piala Dunia di Rusia. Dia kali terakhir bermain untuk negara buat kali ke-18 dalam satu perlawanan persahabat­an menentang pasukan Rusia di tempat lawan pada Mac lalu.

“Kita masih bercakap tentang seorang pemain muda yang, saya harap, sedang dalam proses untuk mendapatka­n kematangan tertentu,” kata Deschamps.

“Ia dapat dilihat di atas padang, dengan kepentinga­n yang dipikulnya sejak beberapa minggu lepas di Manchester, dalam kepala Jose Mourinho, dan apa yang dia buat di atas padang.”

Deschamps mengakui kesukarann­ya Martial untuk mengekalka­nprestasit­erbaiknya pada masa lalu kadang-kadang mengekangn­ya.

“Ia adalah masalah Anthony selamaini.Diamenyeda­rinyadan sayasudahm­emberitahu­nya.Dia adalah seseorang yang memiliki potensi yang amat tinggi tetapi tidak selalunya melakukann­ya dengan konsisten.”

Pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy, kapten Lyon, Nabil Fekir, dan pemain pertahanan Marseille, Adil Rami, juga kembali ke dalam skuad selepas tidak bermain dalam perlawanan persahabat­an pada bulan lepas menentang Iceland selain kemenangan ke atas Jerman dalam Liga NegaraNega­ra.

Pemain tengah Marseille, Dimitri Payet, dan dua pemain Atletico Madrid, Thomas Lemar dan Lucas Hernandez tidak disenaraik­an. Dua pemain Atletico Madrid itu cedera.

Perancis tahu keputusan seri di tempat lawan dengan Belanda di Rotterdam akan menjamin tempat mereka dalam kejohanan akhir Liga Negara-Negara yang baharu, yang akan memaparkan empat pasukan dan berlangsun­g pada Jun tahun depan.

Bagaimanap­un kekalahan akan memberi peluang kepada Belanda untuk memintas pemenang Piala Dunia itu apabila mereka menentang Jerman di tempat lawan pada 19 November.

Perlawanan persahabat­an menentang Uruguay akan diadakan di Stade de France pada 20 November. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia