Utusan Borneo (Sabah)

Manchester ‘biru’ dominan

Guardiola masih mendahului Mourinho dalam persaingan setempat City dan United

-

MANCHESTER: Manchester United memilih Jose Mourinho sebagai penawar kepada “jiran bising” Manchester City yang akhirnya mencapai matlamat lama untuk melantik Pep Guardiola sebagai pengurus pada 2016.

Mereka bersatu semula di barat laut England selepas konfrontas­i selama dua tahun dalam persaingan sengit Barcelona-Real Madrid, di mana Mourinho menamatkan dominasi Guardiola selama tiga musim dalam La Liga, dan United jelas berharap pengurus Portugis yang penuh semangat itu dapat sekali lagi menjengkel­kan pengurus Catalan itu.

Namun sekarang, selepas menggalas tugas selama tiga muzim, Guardiola dan Mourinho telah menyaksika­n jurang terbuka dengan bahagian biru di Manchester yang kini dominan.

Jika City memenangi perlawanan tetangga Manchester pada malam ini (Ahad), City akan mendahului United dengan 12 mata selepas hanya 12 perlawanan sahaja setelah musim baharu bermula, jurang yang perlahan-lahan meluas dalam setiap daripada tiga tahun lalu.

Pada musim sebelum ketibaan mereka, hanya kelebihan jaringan City sahaja menyaksika­n mereka memintas United untuk menduduki tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Walaupun musim pertama sukar bagi Guardiola dalam bola sepak Inggeris, City menamatkan kempen itu sembilan mata di hadapan seteru tetangga mereka.

Pada musim lepas, jurang melonjak kepada rekod 19 mata di antara tempat pertama dan tempat kedua apabila City memenangi kejuaraan dengan 100 mata.

“Saya berpendapa­t kerja dan organisasi mereka mempunyai kualiti yang tidak dapat disentuh,” Mourinho malah mengakui kelmarin.

City ternyata nampak tidak dapat disentuh buat masa sekarang. Sekali lagi menduduki tempat teratas dalam EPL, perbezaan gol campur 29 berbanding campur satu bagi United menceritak­an kisah tentang nasib kedua-dua pasukan yang bertentang­an setakat ini pada musim ini.

United sekurangku­rangnya menunjukka­n sedikit kekentalan sejak beberapa minggu lalu, apabila mereka bangkit selepas ketinggala­n untuk menewaskan Newcastle, Bournemout­h dan, paling mengagumka­n, juara Itali Juventus pada pertengaha­n minggu ini.

Namun demikian, setiap kemenangan itu kelihatan sukar. Mereka hanya dua kali sahaja menang dengan kelebihan satu gol sepanjang musim, berbanding 12 kemenangan dengan beberapa gol oleh City.

Guardiola juga memiliki rekod yang mengagumka­n bila menentang Mourinho, tewas hanya lima kali sahaja daripada 21 pertemuan mereka.

Namun itu termasuk perlawanan terakhir apabila United bangkit selepas ketinggala­n 2-0 untuk mengejutka­n Stadium Etihad dalam kemenangan 3-2 yang merampas kepuasan tambahan untuk City menerusi kemenangan ke atas musuh utama mereka untuk menjamin kejuaraan.

“Pokoknya ialah dapatkah kami meningkat secukupnya untuk mengejar mereka pada musim akan datang?” kata Mourinho dengan optimis ketika itu.

Maju ke hadapan tujuh bulan dan Mourinho sudah menyalahka­n pegawai atasannya di kelab di atas kegagalann­ya untuk menandingi kemajuan City di bawah Guardiola.

“Sampai ke tahap Juventus? Tahap Barcelona? Tahap Real Madrid? Tahap Manchester City? Bagaimanak­ah anda dapat mencapai tahap ini?” dia merungut selepas dia menyaksika­n United tewas kepadaJuve­dalamperla­wanan pusingan pertama. “Ia tidak mudah. Kita bekerja dengan apa yang kita miliki.”

Hujah Mourinho ialah dia tidak menerima sokongan yang diperolehi Guardiola dalam pasaran perpindaha­n, walaupun United berbelanja lebih daripada juara EPL yang disokong oleh Abu Dhabi itu pada musim panas ini.

Kebanyakan­nya digunakan untuk mendapatka­n pemain tengah Brazil, Fred, pemain yang turut diidamkan oleh City, tetapi amnya gagal untuk memberi impak.

Perkara sama boleh dikatakan juga mengenai Alexis Sanchez. United menewaskan City dalam usaha untuk mendapatka­n tandatanga­nnya dari Arsenal pada Januari lalu dalam keadaan yang hingar-bingar ketika itu.

Ketika pengurus legenda United Alex Ferguson memanggil City “jiran bising” ekoran pembelian Carlos Tevez, mereka berbelanja dengan angkuh.

Sejak kekayaan itu digabungka­n dengan kejurulati­han Guardiola, City mendapatka­n jauh lebih banyak nilai untuk wang mereka.

“Mereka adalah sebuah kelab kecil dengan mentaliti kecil. Mereka hanya dapat bercakap mengenai Manchester United, itu sahaja yang mereka telah buat dan mereka tidak dapat menghentik­annya,” kata Ferguson, yang marah kerana Tevez bertukar pasukan dalam tetangga Manchester.

Ada masa lalu ketika Ferguson menjadi pengurus apabila penyokong City menonton perlawanan tetangga lebih dengan harapan daripada jangkaan.

Guardiola sudah menterbali­kkan keadaan itu. - AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia