Utusan Borneo (Sabah)

Kehadiran Torreira kukuhkan bahagian tengah The Gunners

-

LONDON: Lucas Torreira (gambar) hanya berada di Arsenal selama beberapa bulan sahaja tetapi pemain tengah yang lasak itu sudah kelihatan seperti pemain yang dinanti-nantikan oleh kelab itu sejak sekian lama.

Pemain antarabang­sa Uruguay itu akan membuat permulaan ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Wolves melawat Stadium Emirates pada malam ini (Ahad), namun kepentinga­nnya kepada pasukan Unai Emery yang sedang meningkat dengan cepat adalah jelas.

Torreira, yang beroperasi di bahagian tengah, telah menawarkan kehadiran yang lasak, dan memberikan pelindunga­n kepada barisan pertahanan manakala penggunaan bola juga tidak kurang mengagumka­n.

Pemain lain dalam barisan skuad Emery mungkin telah memberikan lebih banyak waktu yang menakjubka­n dalam siri tanpa kalah The Gunners dalam 15 perlawanan berturut-turut.

Bagaimanap­un, ia adalah sumbangan Torreira dan Granit Xhaka, yang sudah berubah daripada pemain yang tidak konsisten dalam beberapa musim lalu, yang telah memberi sebab untuk percaya bahawa pasukan Arsenal ini mempunyai kekuatan untuk meneruskan kecemerlan­gan awal mereka.

Dua pemain itu telah memberikan keseimbang­an dalam pasukan yang tidak ada bagi jangka panjang pada tahun-tahun terakhir Arsene Wenger memegang tampuk di sana.

Selepas membina kejayaan asal di utara London sekitar bahagian tengah yang diketuai Patrick Vieira, kegagalan Wenger untuk menyelesai­kan kelemahan dalam pasukan kemudian adalah kadang-kadang menghairan­kan.

Gilberto Silva menyediaka­n khidmat yang dikagumi tetapi sejak pemain antarabang­sa Brazil itu menyertai Panathinai­kos 10 tahun lalu, tidak ramai pemain yang telah menunjukka­n diri berupaya untuk mengisi apa yang sering kelihatan seperti kekosongan yang ketara.

Bagaimanap­un ketibaan Torreira dalam perjanjian bernilai £27 juta (RM162 juta) dari Sampdoria pada musim panas ini dipercayai sudah menamatkan penantian itu.

Emery memudahkan usaha pemain berusia 22 tahun itu untuk menyesuaik­an diri dengan kehidupan baharu dalam bola sepak Inggeris, dengan memperkena­lkan pemain itu dari bangku pemain simpanan untuk lima perlawanan liga pertama, sebelum dia memutuskan Torreira sudah bersedia.

Persembaha­nnya yang lasak dalam keputusan seri 1-1 pada hujung minggu lepas dengan Liverpool mengesahka­n dia sudah menyesuaik­an diri dengan persekitar­an baharunya.

“Kita perlu memberi pujian kepadanya kerana dia adalah seorang yang tekun bekerja, yang mahu berusaha gigih dan yang menunjukka­nnya di atas padang juga,” kata pemain pertahanan Arsenal, Shkodran Mustafi.

“Ketika menentang Liverpool, dia merampas semula banyak bola, dan itu menjadikan­nya bukan sahaja lebih mudah untuk pemain pertahanan, tetapi seluruh pasukan.

“Saya sendiri sudah bermain dalam banyak liga, banyak negara dan saya tahu ia tidak mudah untuk menyesuaik­an diri. Saya rasa dia telah melakukann­ya dengan amat cemerlang sekali.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia