Utusan Borneo (Sabah)

Esperance julang trofi Liga Juara-Juara CAF kecewakan Al Ahly

-

TUNIS: Saad Bguir menjadi bintang dua gol yang tidak dijangkaka­n apabila Esperance dari Tunisia menewaskan Al Ahly dari Mesir 3-0 kelmarin di Rades untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara CAF buat kali ketiga.

Bguir menjadi pemain simpanan bagi kebanyakan waktu dalam kempen Afrika, menjaringk­an hanya satu gol sahaja, dan memulakan perlawanan pusingan kedua perlawanan­akhirhanya­kerana Franck Kom dari Cameroon digantung permainan.

Selepas dia menjaringk­an gol dalam setiap babak, Anice Badri melakukan jaringan untuk memberikan kemenangan agregat 4-3 kepada Esperance selepas mereka tewas 3-1 pada pusingan pertama selepas Ahly menyempurn­akan dua tendangan penalti yang kontrovers­i.

Permainan yang dominan oleh pasukan tuan rumah di Stade Olympique de Rades menamatkan siri tanpa kemenangan dalam 10 perlawanan menentang Ahly dalam pertanding­an CAF sejak Julai 2011.

Selepas persiapan yang tegang dengan Esperance yang berang dengan layanan yang mereka terima di dalam dan di luar padang di Mesir, perlawanan berlangsun­g tanpa sebarang insiden di hadapan penonton yang ramai dalam venue yang mempunyai 60,000 tempat duduk.

“Ini adalah kemenangan yang akan kekal dalam ingatan saya,” kata Bguir, yang mengabadik­an kemenangan itu kepda penyokong dan bekas jurulatih Khaled Ben Yahia.

Ben Yahia meninggalk­an Esperance sejurus selepas mereka tewas dalam pusingan pertama perlawanan separuh akhir kepada Primeiro Agosto di Angola dan kelab itu enggan menjelaska­n sama ada dia meletak jawatan atau dipecat.

Jurulatih yang menang, Moine Chaabani, yang sebelumnya menjadi pembantu kepada Ben Yahia, berkata dengan tangisan: “Terdapat beberapa orang yang meninggalk­an saya dalam kehidupan yang saya harap ada di sini pada hari ini.”

Pengendali berusia 37 tahun dan bekas pemain pertahanan Esperance itu kemudian menjauhkan diri dari mikrofon tanpa menyebut nama orang yang dia maksudkan.

Esperance mendominas­i babak pertama yang bebas sama sekali daripada sebarang insiden dan menjaringk­an gol pendahulua­n seminit sebelum masa tambahan menerusi Bguir.

Hantaran licik membuka pertahanan Ahly dan pemain tengah itu merembat bola melepasi penjaga gol Mohamed el Shenawy dari jarak dekat dan mencecah sudut jauh jaring.

Ia ternyata menyuntik semangat yang kuat bagi pasukan ‘Darah dan Emas’, yang pernah mengecapai kejayaan dalam Liga JuaraJuara pada 1994 dan 2011.

Bguirmelet­akkanEsper­ance dua gol di hadapan pada malam itu dan di mendahului pada keseluruha­n berdasarka­n jaringan di tempat lawan apabila dia menjaringk­an gol sekali lagi pada minit ke-54.

Pemain pertahanan Sameh Derbali melakukan hantaran lintang dan Bguir menjumpai ruang untuk menanduk bola melepasi El Shenawy dari jarak dekat.

Ahly memerlukan satu gol untuk kembali di hadapan berdasarka­n agregat, tetapi tidak pernah menimbulka­n masalah bagi penjaga gol Tunisia, Moez Ben Cherifia, dan Badri menjamin kemenangan pada minit ke86.

Dia memintas satu hantaran di bahagian tengah, menewaskan beberapa pemain pertahanan dan meledakkan rembatan kencang yang melepasi El Shenawy.

Kejayaan dicapai sebagai sesuatu yang amat melegakan bagi Esperance, yang sering menjadi “pengapit” dalam Liga Juara-Juara, selepas mereka tewas dalam empat daripada enam perlawanan akhir sebelum ini dalam pertanding­an elit kelab Afrika.

Mereka bertemu dengan Ahlypadape­ringkatkum­pulan pada tahun ini, seri 0-0 di tempat lawan dan tewas 10 di stadium sendiri kepda jaringan Walid Azaro, yang digantung untuk perlawanan pusingan kedua selepas dia dengan sengaja mengoyakka­n jersinya dalam perlawanan pertama.

AzarodariM­aghribimen­jadi orang utama dalam tendangan penalti yang kontrovers­i selepas Esperance berkata dia sengaja menjatuhka­n diri untuk memenangi tendangan penalti pertama dan purapura dipukul bagi tendangan penalti kedua.

Penyokong Esperance menyambut kemenangan itu dengan menjerit, bernyanyi, menari dan membunyika­n hon kereta di tengah Tunis.

Ramai melaung “1, 2, 3”, yang merujuk kepada tiga kejuaraan Liga Juara-Juara yang mereka menangi ke atas Zamalek dari Mesir (1994), Wydad Casablanca dari Maghribi (2011) dan Ahly.

Di Kaherah, suasana yang ceria pada mulanya di kafe sesak bertukar suram selepas Bguir menjaringk­an gol pertamanya sebelum waktu rehat. - AFP

 ??  ?? PERDANA Menteri Tunisia Youssef Chahed, menyampaik­an trofi kepada pemain Esperance selepas kelab itu muncul juara menewaskan kelab Mesir Al-Ahly di final kejohanan Liga Juara-Juara CAF. - Gambar Reuters
PERDANA Menteri Tunisia Youssef Chahed, menyampaik­an trofi kepada pemain Esperance selepas kelab itu muncul juara menewaskan kelab Mesir Al-Ahly di final kejohanan Liga Juara-Juara CAF. - Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia