Utusan Borneo (Sabah)

Kegiatan kebudayaan akan diaktifkan

Selaras dengan saranan Ketua Menteri

-

“Kita akan berusaha menyahut saranan Ketua Menteri di mana kegiatan kebudayaan di negeri ini akan diperancak­kan.” diperaktif­kan dan HAJI ISMAILY BUNGSU Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah

KEGIATAN

kebudayaan di negeri ini akan diaktifkan sepertiman­a yang dilakukan pada tahun 80-an.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Haji Ismaily Bungsu berkata ia selaras dengan saranan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Kita akan berusaha menyahut saranan Ketua Menteri di mana kegiatan kebudayaan di negeri ini akan diperaktif­kan dan diperancak­kan,” katanya ketika merasmikan bengkel tari etnik, lagu-lagu Dusun dan seni muzik tradisi di Kota Belud.

Bengkel berkenaan disertai oleh 110 pelajar yang terdiri daripada pelbagai suku kaum yang disifatkan oleh Ismaily sebagai langkah terbaik dalam mengembang­kan kebudayaan kepada generasi muda.

Katanya perpaduan mampu diperkuatk­an menerusi kebudayaan dan ianya amat penting bagi diperkemba­ngkan kepada generasi muda dan generasi akan datang.

Sebelum ini bengkel yang serupa turut diadakan di Sandakan dan Kudat. Manakala bengkel yang sama diadakan di Tenom di mana perasmiann­ya pada hujung minggu ini.

Dalam pada itu, Ismaily berkata selaras dengan saranan ketua menteri, beliau akan turun padang dan akan turut menjadi pembimbing.

“Saya akan turun padang bukan hanya sebagai perasmi tetapi sebagai tenaga pengajar sepertiman­a yang pernah saya lakukan di sekolah dan juga universiti,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis itu termasukla­h Timbalan Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Mickey Apison.

 ??  ?? ISMAILY
ISMAILY
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai bengkel itu.
SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai bengkel itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia