Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

MASIHKAH ENGKAU MENULIS PUISI (Aloy Indra Jokina)

Aku masih menulis puisi tentang keluh kesah hati beritahumu di mana luluhrasa dan perihpedih luka yang sering kau lupa tapi melukakan sahabat dan saudara

Aku masih menulis puisi tentang damaicinta dan rasaria seluruh margastua malah parahluka hutan mereka dibakar gunung bukit ditara segala sungai danau dan lurah dikotori dan musnahi moga kau merasa dan dengar jeritnya merayu sambil berlari dan di dadanya memeluk anak sambil menyusuiny­a

Aku masih menulis puisi menyenandu­ngkan untukmu betapa di ceruk-ceruk sudut dunia marhaen menari-nari lenggok dukanestap­a oleh himpitan perebutan kuasa besar yang tak kenyang-kenyang melahap segala hidangan semua tangissend­u adalah lauk makan bagai keenakan yang terus dikunyah dan minum pemuas lapar dahaga yang tak pernah sudah

Aku menulis puisi tentang suci cinta ilahi dambaan semua umat berbudi hanya itu keabadian yang sering diabai dan lara tersadai

Dan kau masihkah kau menulis puisi? Mahmud Jahar Ranau 1 November 2018

HARI BANYAK KATA MURAM

Dalam udara keliling berlegar debu kata bertebar dengan wajah muram dan pucat

Bertabur daunan mengotor halaman ulat-ulat sesak nafas benih damai tidak upaya disemai tanah kering dan baja tengkar bertabur duri sembilang

Hari yang begini mentaripun jadi pitam bagai tak sempurna sinarnya Ranau 29 Oktober 2018

SEBELUMNYA

Begitu kencang kau hembus angin yakinmu memindah pohon diri dari tapak sampah katamu segala itu hanyir bernanah yang mengotori segala danau dan sungai tak dapat lagi diempang busuk dan semua pohonan sekitar ditular rumputan layu kering hanya untuk halaman api akhirnya kini leburlah cair menitis dan tercungap

Tertunai harapmu dan impian mekar bunga pagi dan kaupun terkenyit-kenyit khayal laba buah perjuangan kebagian segala manisan kata

Lalu kini kau lemas di danau impian segala harapan masih bernanah membusuk tidak menyembuhk­an kelam makin menghitam cahaya memancar ke lorong lain

Dan kau hilangjala­n pulang malah kegelapan jalan ke depan

Mahmud Jahar Ranau

15 Oktober 2018

MENGHUNI NEGERI ABADI

(Pray For Lion Air JT610 Indonesia)

Tersentap seluruh pancainder­a di suatu garis cerita terpapar di dada maya

meraung lirih rasa masih tercari-cari kebenaran berharap menemukan jawapan perkhabara­n pilu kali ini bukan di Palu tetapi negaranya yang sama cuma sayu dan hiba meruntun walang warga dunia

Apa yang mampu diberi kepada mereka apa yang mampu dibantu kepada waris mangsa sederap dalam jiwa memanjatka­n laung doa kudus di jemala rasa agar Allah melindung segala agar roh mereka yang pergi menghuni negeri abadi dalam sejahtera dalam sentosa. Ross Nina Ahmad 30 Oktober 2018 Tanjung Batu, KM LELAHKU Jendela hari melabuhkan tirai malam menutup segala kisah tanpa pernah pasti esok akan kembali.

Segalanya mungkin sekadar berbasa basi sekadar mengisi lompang diri merebahkan kelelahan renyuk terjelapak di birai peraduan memujuk berani esok pasti ada lagi kerja itu dan ini langsai sana dan sini amanah gentayanga­n akrab dalam aturan melunas janji. Ross Nina Ahmad Kota Kinabalu 31 Oktober 2018

BERKELANA LANGKAH

Di daerah ini aku mencari erti berkelana langkah sambil mengusung hayat.

Kemilau pualam menghantar isyarat indah berwarna segala cabang hikayat bercerita dan dicerita.

Para pedagang bermukim di kuala sedang di hulu air keruh dicedok geruh kendala marhaen memerah kudrat menongkah arus perlumbaan menyusun bata tembok agam menguras keringat hitam lelah di kebun kota.

Semakin kuhitung kubaca abjad dan angka hari laluan kembaraan ini semakin cantik likunya kerana kini kufahami tidak lagi kusesali perit duri, manis serbat janji. Ross Nina Ahmad Kota Kinabalu 31 Oktober 2018

MAHMUD JAHAR lahir di Sandakan kira-kira 66 tahun lalu. Mula mendekati sajak sejak tahun 1969 hingga sekitar 80-an. Puisi-puisi awal sekitar tahun 70-an sudah diantologi­kan dalam kumpulan puisi perseorang­an berjudul Sandakan diterbitka­n oleh Warisan, sebuah persatuan sastera di Sandakan, yang beliau antara pengasasny­a pada awal 80-an bersama Allahyarha­m ABM Fajeer. Kini beliau menetap di Ranau sejak 1995. Pada tahun 2006, beliau bersara dari Perkhidmat­an Pendidikan. ROSS NINA AHMAD juga menggunaka­n Pena Hati sebagai nama penanya. Nama sebenar ialah Rosninah Amat, berasal dari Tanjung Batu Kota Marudu. Seorang suri rumah, bekas guru dan kini menetap di Taman Bukit Setia,Jalan Sepanggar Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia