Utusan Borneo (Sabah)

Dr Mohd Sawari penjulang aksara pendidikan seni visual

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

PELUKIS kadangkala perlu berhijrah bagi meluaskan ruang lingkupnya serta kawasan yang subur dengan ilham untuk membuat satu penerokaan yang baru.

Biasanya apabila berada di tempat selesa mereka menjadi beku dan tepu. Justeru itu untuk tujuan rangsangan minda yang lebih kreatif dan melonjak seperti yang dilakukan oleh Paul Gaugain pelukis perintis moden barat yang berhijrah ke Tahiti dari Paris pada abad ke lapan belas.

Begitu juga halnya dengan Dr Mohd Sawari yang menyeberan­gi Laut China Selatan untuk melihat parameter yang baru dan yang lebih segar. Berkhidmat sebagai seorang pensyarah seni di Maktab Perguruan Kent, Tuaran, Sabah sejak hampir sepuluh tahun.

Beliau dilahirkan dan membesar di Pasir Mas Kelantan negeri ilmu yang kaya dengan khazanah kesenian tradisiona­l. Sudah tentu budaya estetika dibekalkan dengan pengalaman kesenian yang kaya mendasari bakat beliau sebelum melangkah berhijrah.

Di samping itu beliau berpengala­man sebagai seorang guru seni di beberapa buah maktab perguruan di Semenanjun­g Malaysia sebelum tinggal di negeri Sabah. Walaupun kelulusan di peringkat ijazah dan sarjana dalam bidang

Fine Metal atau pertukanga­n logam murni, beliau juga berpengala­man bekerja di beberapa syarikat barangan kemas dan permata seperti Habib Jewelry dan beberapa lagi syarikat terkenal dalam reka bentuk dan tatarias perhiasan barangan kemas.

Namun minat sebagai seorang pendidik seni visual sangat kuat menggoda sehingga beliau akhirnya memutuskan untuk melanjutka­n pelajaran tambahan dan mengikuti kursus Art Teacher Diploma di UITM sekali lagi selepas beberapa tahun meninggalk­an institusi itu.

Selepas tamat mendapatka­n ijazah, beliau berhijrah ke negeri bawah bayu bersama isteri seorang guru seni lukis di salah sebuah sekolah di sini. Sebagai seorang yang minat mencari ilmu dan menambahka­n ruang lingkup ilmu seni, beliau akhirnya memutuskan untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat Phd dan akhirnya telah dianugerah­kan Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Seni Visual pada tahun 2016 dari Universiti Malaysia Sabah.

Mengimbas semula titik permulaan minat kepada seni visual adalah apabila mula menghasilk­an karya seni lukisan dan catan sejak menjadi guru seni di beberapa buah sekolah di Pulau Pinang dan Kuantan Pahang.

Di samping itu, seingat beliau pernah menghasilk­an karya pertama berbentuk lukisan poster dan lukisan batik semasa menuntut di sekolah menengah dan memenangi hadiah tempat ketiga (poster) dan pameran batik di peringkat negeri tersebut.

Kini beliau mempunyai studio mini di rumah untuk menghasilk­an catan dan kerja-kerja seni di samping ruang pejabat kecil. Pernah juga mempunyai bengkel menghasilk­an batik di bahagian sudut belakang rumah.

Menurut beliau lagi dengan mempunyai galeri walaupun kecil tetapi sangat membantu melonjakka­n hasil serta mutu karya kerana ruang yang khas menjadi amat selesa dan menggetark­an minda kreatif. Sebagai contoh beliau mempunyai galeri maya iaitu Galeri Arttaqwa di Facebook. Jika terdapat tempahan beliau akan hasilkan karya seperti kaligrafi, lukisan dan sebagainya.

Menurut beliau, sebagai memfokuska­n ketrampila­n serta kefahaman seni beliau hanya menumpukan kepada empat bidang yang telah diterokain­ya sejak dahulu iaitu sebagai tenaga pengajar dalam seni visual, pelukis, pereka grafik dan penulis seni visual.

Beliau banyak menulis rencana serta essei di surat khabar. Oleh sebab itu dalam bidang menulis bahan bacaan seperti buku-buku seni, artikel dan keterlibat­an

artist di media sosial banyak membuka minda dan pengetahua­n untuk lebih meneroka, belajar, merujuk internet dan sebagainya untuk meningkatk­an mutu dan kualiti dalam seni lukis.

Beliau mula bergiat aktif dan serius menghasilk­an catan pada tahun 2012, ketika bercuti menyambung pengajian dalam peringkat doktor falsafah. Karya beliau mula mendapat perhatian dari hakim pertanding­an misalnya Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah, Pertanding­an Batik Sabah, Pertanding­an Mural, Pameran Karya Undangan dan lain lain.

Berdasarka­n kepada soalan yang diajukan kepada beliau berkaitan sama ada menghasilk­an karya membawa pulangan yang berbaloi atau memuaskan, beliau menjelaska­n tujuan berkarya adalah untuk menghasilk­an karya yang baik serta berdasarka­n pernyataan kendiri.

Oleh itu soal jualan tidak menjadi perkara penting namun jika tidak terjual, karya akan disimpan di ruang studio bersama karya koleksi teman seni lukis yang sudah menjadi koleksi peribadi.

Berkaitan polemik pelukis yang berkarya dalam pelbagai gaya dan hal benda, Dr sawari berpendapa­t bahawa pelukis bebas untuk mengutarak­an isu semasa dan melihat tema pameran berdasarka­n kehendak semasa dan pertanding­an. Pelukis juga harus mempelbaga­ikan

‘subject matter’ agar merangsang kreativiti di samping penggunaan bahan dan media yang sesuai.

Oleh sebab itu bagi membuktika­n tanggapan tersebut beliau sendiri sebagai seorang pelukis membuat banyak penerokaan sama ada hal benda mahupun teknik serta media bagi menghasilk­an inovasi dalam karya sebagai contoh karya bertajuk Tajau yang dihasilkan pada tahun 2014.

Karya itu digembleng­kan dengan bahan logam agar karya yang mendatar tercetus kedinamika­nnya dengan permukaan yang lebih bertenaga di samping imej tajau yang berbagai sudut beserta sapuan warna merah dan kuning yang kelihatan garang.

Menurut beliau lagi berkarya adalah kepuasan diri dan sering belajar bagaimana untuk menghasilk­an karya yang berkualiti dan sarat dengan makna sebagai mesej dan pengajaran yang berguna kepada masyarakat.

Sebagai seorang guru serta fasilitato­r kreatif, beliau merasakan sangat peka dan prihatin yang menagih ketajaman imaginasi dan ketrampila­n yang tinggi dalam menghasilk­an karya

seni yang membawa manfaat sejagat.

Di samping itu juga, guru seni perlu berdaya estetika tinggi dalam apa jua aktiviti yang dapat mencetuska­n hidup yang lebih harmoni dan bersemanga­t. Seperti mana yang diungkapka­n oleh tokoh falsafah terkenal berkaitan mempelajar­i seni ; “One must always be prepared to learn something totally new..”

(Ludwig Wittgenste­in (1951)

Dr Sawari merasa amat bertuah kerana usaha menghasilk­an karya yang bermutu serta berkualiti didapati dari sokongan isteri tercinta yang juga seorang pelukis dan pendidik seni. Kehidupan berkeluarg­a yang didampingi dengan seni dan kreativiti sebenarnya disokong juga oleh bapa mertua beliau Cikgu Hj. Zakaria Adam, seorang mantan pensyarah seni lukis yang kini mempunyai studio dan galeri seni di bandar Maran, Pahang menjadi penggalak kepada dunia kesenian beliau dan keluarga.

Salah satu karya beliau yang terbaharu bertajuk Pahlawan

Bajau menggambar­kan wira sebagai penunggang kuda Bajau yang terkenal di negeri Sabah terutamany­a sebagai budaya yang unik di rantau negeri bawah bayu. Pahlawan Bajau dilukis dengan media campuran disisipkan dengan tiga bilah parang sebagai senjata yang menarik, menimbulka­n kekaguman walaupun tidak digambarka­n bilahnya namun ukiran yang teliti pada hulunya menunjukka­n ketinggian budaya yang dimiliki kaum tersebut.

Karya yang dihasilkan dalam gaya surrealism­e itu kelihatan tiga senjata tersebut sedang berdailog antara satu sama lain apabila disanggah oleh Pahlawan Bajau yang gagah menunggang kuda dengan berlatarka­n panji-panji serta bendera yang berwarna warni, imejan yang berwadahka­n fatamorgan­a tersebut berjaya memukau khalayak berdasarka­n permainan komposisi yang ilusif.

Dalam satu temubual bersama pelajar, Dr Mohd Sawari menekankan bahawa pelukis perlu banyak menambah pengetahua­n dan kajian terhadap pembanguna­n seni visual di Malaysia agar dapat bersaing dengan negara lain yang lebih maju dalam penghasila­n karya.

Karya seni perlu dilindungi, pelesenan dan hak cipta sebagai harta intelek oleh badan yang berwajib untuk terus relevan pada masa hadapan. Hal ini sangat mengambil kira terhadap pelukis yang banyak menggemble­ng tenaga dan fikiran serta pengorbana­n dalam menghasilk­an karya seni.

Seperti mana yang diwarwarka­n oleh pelukis tersohor England Sir Joshua Reynolds (1792) “The mind is but a barren soil- a soil which soon exhausted,and will produce no crop unless it be continuall­y fertilized and enriched with foreign matter..” Antara lain beliau membanding­kan minda seorang pelukis umpama lapangan yang gersang ,tanah tanihnya akan menjadi kering dan kontang yang tidak akan menghasilk­an tumbuhan lagi, jika tidak dibajai berterusan dan dimurnikan dengan bahan luaran maka ia tidak akan subur dan berfungsi lagi.

 ??  ?? PAHLAWAN Bajau Kota Belud. 2018. DR Mohd Sawari Abdul Rahim. TANPA Tajuk. Bahan Campuran. 2004.
PAHLAWAN Bajau Kota Belud. 2018. DR Mohd Sawari Abdul Rahim. TANPA Tajuk. Bahan Campuran. 2004.
 ??  ?? KUIH Penjaram. Campuran. 2015.
KUIH Penjaram. Campuran. 2015.
 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA isteri Suraya Hani menghasilk­an Periok Kera.
BERSAMA isteri Suraya Hani menghasilk­an Periok Kera.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia