Utusan Borneo (Sabah)

32 angkat sumpah bagi jawatan Setiausaha Politik kepada KM

-

KUCHING: Seramai 32 Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri mengangkat sumpah bagi jawatan tersebut di hadapan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.

Majlis angkat sumpah berlangsun­g di Dewan Kenyalang, Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing serta menteri-menteri kabinet negeri yang lain.

Daripada 32 setiausaha politik yang mengangkat sumpah semalam, 19 daripadany­a adalah dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), masing-masing lima dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS), dua dari Parti Demokratik Progesif (PDP) dan seorang dari Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Setiausaha politik daripada PBB ialah Abu Seman Jahwie, Kenil Jaraiie, Fridah Osman, Buang Bolhassan, Sharkawi Suhaili, Julani Mokhtar, Victor Temenggung Angang, Romeo Christophe­r Tegong, Maurice Joannes Giri, Petrus Igat Mathias, Richard Rapu, Charles Balan Seling, Mujah Lihan, Tapah Ata, Abdul Samat Gany, Jenny Bangga, Susan Chemerai Anding, Dayang Nurfizawat­i Abang Abdul Karim dan Dr Simon Bada.

Daripada SUPP terdiri daripada Teng Ung Woo, Daniel Bujal, Tan Kai, Michael Tiang dan Soo Li Ching, manakala dari PRS terdiri daripada Nicholas Kudi Jantai, Dato Doris Sophia Brodie, Edwin Banta, Charles Chad Nissom dan Beatrice Kedoh Tajang.

Dua lagi setiausaha politik iaitu Alexander Asing Sadai dan Robert Ayu masingmasi­ng dari PDP, manakala seorang lagi Lee Tze Ha mewakili UPP.

Dr Simon Sinang Bada, Lee Tze Ha dan Robert Ayu masing-masing merupakan lantikan baharu, manakala yang lain merupakan lantikan semula dan semua lantikan sah untuk tempoh satu tahun sehingga 30 September 2019.

 ??  ?? ABU Seman (kiri) dan Kenil mendahului upacara angkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri di hadapan Abang Johari Dewan Kenyalang, Kompleks DUN semalam. - Gambar Penerangan
ABU Seman (kiri) dan Kenil mendahului upacara angkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri di hadapan Abang Johari Dewan Kenyalang, Kompleks DUN semalam. - Gambar Penerangan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia