Penjelasan mengenai senarai guru interim yang tular di media sosial

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

KUCHING: Wujud kekeliruan berhubung senarai guru interim ekoran penularannya di media sosial.

Ia bukan senarai guru interim yang dipilih mengikuti Taklimat Praktikum, Aktiviti Akademik Bina Insan Guru dan Perkhemahan Unit Beruniform bagi Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah Tahun 2019.

“Senarai yang ditularkan ialah kohort Guru Interim Pendidikan Islam yang dilantik dan ditempatkan di sekolah-sekolah rendah di Sarawak pada 16 Ogos 2017 bagi mengisi sementara kekosongan jawatan guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah,” kata Jabatan Pendidikan Sarawak menerusi kenyataan akhbar pada Jumaat.

Seramai 89 orang kumpulan itu sedang berada dalam Semester 3 Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah, Kursus Dalam Cuti ambilan November 2017, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

Jabatan tersebut sentiasa memberi fokus kepada pengisian kekosongan jawatan guru mengikut keperluan opsyen di sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Jabatan ini menegaskan bahawa tiada kompromi berkenaan pemilihan dan pelantikan guru interim di negeri ini iaitu berdasarkan syarat-syarat dan kriteria ditetapkan,” kata kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.