Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan projek bina semula SK Sebemban: Razi

Permohonan disuarakan sejak 2013 ketika beberapa bangunan sekolah roboh akibat hakisan sungai

-

KUCHING: Kerajaan Persekutua­n melalui Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) digesa untuk memberi keutamaan terhadap permohonan projek bina semula Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban, Spaoh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Saribas Mohd Razi Sitam berkata, permohonan untuk membina sekolah itu pernah disuarakan­nya sejak 2013 ketika ia berhadapan masalah hakisan sungai sehingga beberapa bangunan roboh.

“Untuk makluman, tapak baharu yang diluluskan kerajaan Sarawak pada awal tahun ini telah dilawati beberapa kali oleh pegawai KPM.

“Justeru, kita mengharapk­an projek ini dapat dipercepat atau dengan kata lain jangan dibatalkan demi kepentinga­n rakyat terutama

“Justeru, kita mengharapk­an projek ini dapat dipercepat atau dengan kata lain jangan dibatalkan demi kepentinga­n rakyat ” terutama anak-anak di kawasan ini MOHD RAZI SITAM Adun Saribas

anak-anak di kawasan ini,” katanya ketika menyampaik­an ucapanperb­ahasanBela­njawan Sarawak201­9padapersi­dangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Jumaat.

Menyentuh perkara pembanguna­n dalam konstituen­sinya, Razi mahu kerajaan negeri mempercepa­tkan penyambung­an subsidi elektrik ke rumah-rumah di kampung dan rumah panjang dalam kawasannya.

“Saya menyuaraka­n kehendak rakyat DUN Saribas agar kerajaan menggunaka­n Belanjawan Sarawak dalam melaksanak­an perkara ini.

“Meskipun kerajaan pusat tidak meneruskan subsidi ini namun saya mengharapk­an kerajaan Sarawak meneruskan bantuan subsidi ini khususnya untuk rumah-rumah baharu yang masih menunggu subsidi kerajaan untuk menikmati bekalan elektrik,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut memohon kerajaan untuk menaik taraf jalan Tanjung Assam/Kampung Buda, Jalan Supa/Medang dan Jalan Dit/ Belassau.

“Jalan-jalan ini perlu diturap untuk manfaat penduduk setempat.

“Oleh sebab itu, saya memerlukan peruntukan khas di luar Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) Adun untuk menaik taraf jalan-jalan yang dinyatakan ini.

“Ini kerana RTP Adun RM5 juta tidak mampu untuk menaik taraf jalan tersebut yang memerlukan kos yang lebih besar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia