Van terbabas langgar pokok, penumpang maut

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

BINTULU: Seorang penumpang maut manakala pemandunya terselamat apabila van yang dinaiki mereka terbabas melanggar pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Alamanda 12 Bandar Jaya Park di sini, pagi pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu TPgB Mohamad Meramit berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua mangsa iaitu pemandu van Raymond Bengau, 26, yang cedera di kepala dan tangan kanan.

Mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut namun penumpang sebelah pemandu tersepit di tempat duduk.

“Anggota yang tiba di lokasi bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan hidraulik.

“Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa, Adin Len, 29, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Bintulu seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.