‘Satu pun tak dapat diselamatkan’: Pengetua SMK Medamit

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

LIMBANG: “Semua musnah, satupuntakdapatdiselamatkan,” demikan luahan menyayat hati Pengetua SMK Medamit Raja Manikam selepas empat pejabat di tingkat satu bangunan pentadbiran sekolah itu ranap dalam kebakaran tengah malam Khamis.

Beliau berkata, kebakaran berlaku selepas gangguan elektrik pulih sekitar jam 12.28 tengah malam.

Jelasnya, percikan api disedari pengawal keselamatan dan dipercayai berpunca daripada wayar pada bahagian tiang pejabat kaunseling sebelum merebak ke bilik penyelia kanan yang menempatkan suis utama.

Katanya, pengawal keselamatan pada awalnya berusaha memadam api dengan menggunakanduatongpemadam api, namun tidak berjaya kerana api merebak dengan cepat.

“Semua barangan dan peralatan sekolah tidak dapat diselamatkan.

“Malah ada peralatan sekolah yang baharu dibeli turut musnah sekelip mata,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Raja Manikam berkata, antara barangan yang musnah ialah barangan elektrik, peralatan komputer, meja dan kerusi serta dokumen berharga milik sekolah.

Bagaimanapun katanya, persiapan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki 92 pelajar pada Selasa depan tidak terjejas.

“Musibah ini memberikan kekuatan dan hikmah terbesar buat para guru dan 594 pelajar.

“Walaupun SPM akan berlangsung Selasa depan, para pelajar menganggapnya sebagai kekuatan untuk memperolehi keputusan cemerlang,” katanya lagi.

Beliau berharap semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan akan tampil menghulurkan bantuan untuk sekolah itu meneruskan pembelajaran.

Katanya, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah juga berada di lokasi semalam untuk mengetengahkan insiden itu kepada kementerian bagi tindakan susulan dengan segera.

Selain itu, Raja Manikam berharap agar projek pelaksanaan kemudahan bekalan air luar bandar dapat dipercepat di kawasan tersebut demi keselesaan dan keperluan warga sekitarnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bagi memadam kebakaran.

“Anggota terpaksa bergantung kepada kolam air SMK Medamit yang kering dan menggunakan kolam ikan di kawasan Kampung Tanjung untuk mendapatkan bekalan air,” ujarnya lagi.

Katanya,pihaknyaberhempas pulas selama lima jam sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 5.16 pagi.

Kebakaran itu jelasnya, tidak melibatkan kecederaan mangsa.

TANGKAP layar menunjukkan api meranapkan tingkat satu bangunan pentadbiran SMK Medamit malam Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.