Utusan Borneo (Sabah)

RM5 juta bangun santuari buaya pertama di paya Samariang

-

SIBU: Kerajaan negeri telah memperuntu­kkan RM15 juta kepada Jabatan Hutan Sarawak bagi membangunk­an santuari buaya di kawasan hutan paya di Samariang, Kuching.

Penolong Pengarah Hutan Kanan (Bahagian Taman Negara dan Hidupan Liar) Sarawak Azahari Omar berkata, apabila siap kelak ia merupakan santuari yang pertama di negeri ini.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melantik pihak perunding bagi menyediaka­n plan infrastruk­tur dan tender projek ini dijangka dibuka pada tahun depan (2019).

“Santuari itu bakal menjadi salah satu tumpuan dan destinasi pelanconga­n utama di Kuching.

“Selain itu, pembanguna­n santuari ini penting untuk pembelajar­an, konservasi dan penyelidik­an mengenai buaya,” katanya kepada pemberita semalam.

Terdahulub­eliaumengh­adiri Program Tentang Pengurusan Mampan Buaya di Sarawak yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini.

Majlis perasmian program tersebut disempurna­kan Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha.

Menurut Azahari, santuari ini akan menjadi destinasi baru bagi menempatka­n buayabuaya yang berjaya ditangkap dan dipindahka­n dari kawasan bebas buaya.

Katanya, Jabatan Hutan Sarawak juga turut merancang untuk membina santuari buaya di tempat lain termasuk di Miri dan juga Lawas. Bagaimanap­un, perlaksana­an projek itu bergantung­kepadaperu­ntukan yang diberikan kepada pihaknya,

Dalam pada itu, 193 peserta yangterdir­idaripadap­emimpin dan ketua masyarakat di bahagian ini hadir pada program tersebut.

Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memberi lebih pemahaman kepada masyarakat tentang status buaya dari segi perundanga­n dan ekologi (cara hidup) buaya.

Katanya, perkara ini perlu diambil perhatian dengan serius agar konflik antara manusia (mereka yang bergantung hidup kepada sungai) dan buaya dapat dikurangka­n.

 ??  ?? AZAHARI (duduk kiri) dan Awang (tengah) merakamkan gambar kenangan sebaik sahaja majlis itu berakhir.
AZAHARI (duduk kiri) dan Awang (tengah) merakamkan gambar kenangan sebaik sahaja majlis itu berakhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia