Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri disyaki edar dadah dicekup

-

KOTA SAMARAHAN: Sepasang suamiister­idisyakipe­ngedardada­h ditangkap susulan penemuan dadah jenis syabu seberat 544.37 gram dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Taman Merdang di sini, pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abd Latif berkata, pasangan terbabit berusia 36 dan 37 tahun berasal dari Jalan Batu Kitang, Bau.

Menurutnya, kedua-dua suspek berada di rumah itu semasa serbuan dilakukan oleh anggota dari JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sekitar jam 1.10 petang Rabu lepas.

“Pemeriksaa­n ke atas badan kedua-dua suspek tidak menjumpai apa-apa barang yang salah, namun pemeriksaa­n lanjut di rumah menjumpai 32 peket plastik berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 472.30 gram.

“Turut dijumpai satu beg yang mengandung­i satu plastik lutsinar juga berisi ketulan kristal disyaki syabu seberat 72.07 gram.

“Kesemua dadah yang dianggarka­n bernilai RM81,656 itu dirampas dan pasangan terbabit turut ditahan untuk siasatan lanjut,” kata Sahar dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Menurut Sahar, turut disita ialah wang tunai, barang kemas dan tiga kereta milik pasangan terbabit yang dianggarka­n keseluruha­n bernilai RM169,080.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang menbawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Siasatan awal mengesyaki aktiviti pengedaran (dadah) mereka bermula tahun lepas hingga sekarang,” katanya.

Selain itu, hasil ujian air kencing juga mendapati suspek lelaki yang turut mempunyai rekod jenayah lampau disahkan positif dadah jenis Methamphet­amine.

“Disebabkan itu, suspek lelaki juga akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Kedua-dua suspek kini masih dalam proses permohonan reman,” kata Sahar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia