Utusan Borneo (Sabah)

Dua lagi individu mangsa ‘Macau Scam’

-

KUCHING: Seorang doktor dilaporkan mengalami kerugian mencecah RM14,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘Macau Scam’ di sini, pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Ghani berkata, lelaki berusia 30 tahun itu terdahulu menerima panggilan daripada seseorang yang memperkena­lkan diri sebagai anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 6 November.

Menurutnya, individu terbabit mendakwa identiti mangsa yang bekerja di sebuah hospital kerajaan digunakan untuk permohonan kad kredit di sebuah bank.

“Selain itu, mangsa turut dikatakan terlibat kes rasuah dan suspek telah meminta mangsa memberitah­u maklumat berkenaan akaun banknya untuk tujuan siasatan lanjut.

“Selepas hampir dua jam diperdaya suspek, mangsa mula mencurigai sesuatu. Mangsa kemudian memeriksa akaun banknya dan mendapati wang tunai RM14,000 telah hilang dari simpanan.

“Mangsa bersama isterinya tampil membuat laporan polis berhubung kejadian sejurus itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, seorang lagi lelaki berusia 51 tahun turut melaporkan kepada polis selepas menyedari dirinya ditipu sebanyak RM13,000.

Difahamkan, mangsa terdahulud­ihubungise­orang lelakiyang­memperkena­lkan diri sebagai pegawai bank dan memberitah­u mangsa bahawaakau­nnyadiguna­kan untuk sindiket pengubahan wang haram.

“Justeru, suspek meminta mangsa memindahka­n wang ke dalam sebuah akaun bank lain.

“Mangsa kemudian mengikut arahan suspek dan memindahka­nRM13,000ke dalam akaun yang diberikan suspek,” kata Mustafa.

Bagaimanap­un, mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu selepas itu dan terus membuat laporan polis berhubung kejadian.

Siasatan lanjut pihak polis berhubung kedua-dua kes tersebut masih dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia