Utusan Borneo (Sabah)

Dasar baharu bagi FDI akan diumumkan: MITI

-

KUALA LUMPUR: Dasar baharu untuk bidang strategik pelaburan langsung asing (FDI) akan diumumkan pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata antaranya, dasar itu akan merangkumi dasar pelaburan pusat data dan e-dagang.

“Kami akan mengadakan sesi sumbang saran pada awal tahun depan dan apabila kami bersedia kami akan mengumumka­nnya kepada agensi yang berkaitan,” katanya kepada pemberita pada Siri Persidanga­n Modal Affin Hwang 2018 di sini Khamis lalu.

Ong berkata dasar baharu untuk bidang strategik FDI merupakan antara lima strategi bagi 2019 yang disenaraik­an oleh MITI.

Strategi lain ialah menginstit­usikan hubungan perdaganga­n dan ekonomi dengan China untuk sama-sama meningkatk­an pelaburan strategik dua hala.

Terdahulu, dalam pembentang­an beliau, Ahli Parlimen Bangi itu berkata syarikat China antara sumber FDI terbesar di negara ini, dengan RM9.51 bilion dicatatkan dalam tempoh lapan bulan pertama 2018, diikuti Indonesia (RM8.99 bilion), Belanda (RM7.67 bilion), AS (RM2.94 bilion) dan Korea Selatan (RM2.45 bilion).

Beliau berkata kebanyakan syarikat China yang beroperasi di Malaysia berada dalam dua kategori: penggiat global tetapi dengan proses dalaman yang masih sempit, dan syarikat di peringkat tempatan dalam peringkat awal ke luar negara.

Dua jenis syarikat ini yang berpangkal­an di sini akan mengambil masa untuk menjadi global dan dimodenkan, katanya, sambil menambah syarikat China global dengan operasi di sini termasuk Huawei dan Alibaba.

“Strategi lain ialah strategi “mencari, mendapatka­n dan meraih” untuk misi perdaganga­n dan pelaburan atau TIM, yang membawa kepada potensi pelaburan hampir RM3 bilion dari Jepun dan Korea Selatan semasa TIM Menteri Datuk Darell Leiking pada Oktober 2018.

“Kami juga akan turun padang untuk mempromosi­kan inisiatif pembiayaan, terutamany­a untuk Industri 4.0,” katanya.

Beliau berkata kerajaan, semasa membentang­kan Belanjawan 2019, mengumumka­n peruntukan sebanyak RM210 juta dari 2019 hingga 2021 untuk menyokong peralihan dan penghijrah­an ke Industri 4.0.

MITI akan membantu 500 pertama perusahaan kecil dan sederhana untuk melalui Penilaian Kesediaan bagi beralih kepada platform Industri 4.0 melalui Perbadanan Produktivi­ti Malaysia.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia