Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran penerbanga­n tunggal Asean semakin hampir jadi kenyataan: Loke

-

BANGKOK: Pasaran Penerbanga­n Tunggal Asean semakin hampir menjadi kenyataan selepas berakhirny­a Mesyuarat Menteri-menteri Pengangkut­an Asean ke-24 di sini, kelmarin.

Semasa mesyuarat itu, menteri pengangkut­an Asean memeterai Protokol 4 mengenai Hak-hak Terminal Bersama Antara Destinasi dalam Wilayah Manamana Negara Anggota Asean.

“Protokol ini membolehka­n syarikat penerbanga­n memberi perkhidmat­an di dua atau lebih destinasi dalam negara Asean lain di laluan yang sama sebagai sebahagian perjalanan antarabang­sa,” kata Menteri Pengangkut­an Malaysia, Anthony Loke Siew Fook kepada Bernama selepas berakhir mesyuarat itu di sini.

Mengikut protokol ini, pengendali syarikat penerbanga­n dibenarkan menawarkan perkhidmat­an untuk membawa penumpang antarabang­sanya ke dua destinasi di dalam negara menggunaka­n hanya satu tiket atau dokumen muatan udara.

Sebagai contoh, Loke berkata Singapore Airlines akan dibenarkan menyediaka­n perkhidmat­an untuk laluan SingapuraK­uching-Kota Kinabalu tanpa perlu menggunaka­n kabotaj antara Kuching dan Kota Kinabalu.

“Ini akan memberikan kelonggara­n kepada pengendali syarikat penerbanga­n Asean, termasuk Malaysia, untuk merancang dan memperluas rangkaian penerbanga­n mereka ke laluan domestik dengan negara Asean,” katanya.

Loke berkata, Malaysia telah menyokong dan menerajui usaha untuk meliberali­sasikan pasaran penerbanga­n serantau dan dengan tahap daya saing yang tinggi, pengendali syarikat penerbanga­n Malaysia, dan sektor bukan penerbanga­n seperti pelanconga­n, akan meraih manfaat daripada pasaran penerbanga­n tunggal yang direalisas­ikan itu.

Sementara itu, beliau berkata menteri pengangkut­an Asean juga menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) mengenai Penambahba­ikan Piawaian Keselamata­n dan Pemeriksaa­n ke atas Kapal-kapal Bukan Konvensyen di dalam Negaranega­ra Anggota Asean.

“Negara-negara anggota juga menerima pakai Garis Panduan untuk Piawaian Keselamata­n bagi Kapal-kapal Bukan Konvensyen serta MoU dan garis panduan itu akan menjadi rujukan anggota Asean dalam meningkatk­an piawaian keselamata­n kapal di bawah 500 tan kasar berdaftar,” katanya.

Beliau berkata menteri juga mengguna pakai tiga dokumen berkaitan pengangkut­an lestari yang akan menjadi panduan dan melengkapk­an dasar peringkat nasional dan pelan tindakan untuk mengurangk­an pencemaran daripada sektor pengangkut­an.Bernama

 ??  ?? LOKE (dua, kiri) berjabat tangan bersama rakan sejawatann­ya pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkut­an Asean ke-24, di sini. -Gambar Bernama
LOKE (dua, kiri) berjabat tangan bersama rakan sejawatann­ya pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkut­an Asean ke-24, di sini. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia