Utusan Borneo (Sabah)

Sapura Energy akan raih hasil AS$975 juta melalui perjanjian kerjasama

-

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd (SEB) telah membentuk kerjasama strategik dengan syarikat industri yang disenarai di Austria, OMV Aktiengese­llschaft (OMV AG), di mana ia akan mengumpul hasil sehingga AS$975 juta (RM4.06 bilion), kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Di bawah perjanjian yang ditandatan­gani kelmarin, SEB akan menerbitka­n saham baru sebanyak 50 peratus daripada modal saham terbitan yang diperbesar­kan oleh syarikat yang baru ditubuhkan SEB Upstream Sdn Bhd (SUP) - yang akan memegang seluruh saham dalam Sapura Upstream Sdn Bhd - kepada anak syarikat milik penuh OMV AG, iaitu OMV Exploratio­n & Production GmbH untuk AS$625 juta, dan juga menerima AS$350 juta dari kumpulan Sapura Upstream sebagai pembayaran balik jumlah yang terhutang oleh SEB dan anakanak syarikatny­a.

Shahril berkata, daripada kutipan itu, AS$890 juta akan diperoleh berikutan penyelesai­an perjanjian itu, dijangka pada 31 Jan 2019.

Ini terdiri daripada hasil daripada langganan saham OMV AG dalam SUP (yang akan dinamakan semula Sapura OMV Upstream Sdn Bhd) bernilai AS$540 juta dan bayaran balik AS$350 juta hutang antara syarikat.

SEB akan menerima baki bayaran tunai sehingga AS$85 juta dari OMV AG bergantung kepada pencapaian keputusan pelaburan akhir berkenaan dengan blok petroleum di Mexico (Blok 30) dan pada harga Brent sebenar untuk 2019-2022 berbanding purata ramalan harga.

Shahril berkata, hasil awal akan digunakan untuk membayar kirakira AS$720 juta hutang kumpulan SEB. Selebihnya adalah untuk modal kerja (US$160 juta) dan untuk membiayai perbelanja­an yang berkaitan dengan urus niaga tersebut (AS$10 juta).

“Kami mula membina buku pesanan kami yang memerlukan lebih banyak modal kerja dan kami ingin mengurangk­an hutang kami ke tahap ekuiti daripada 1.6 kali hingga 0.6 kali apabila eksesais itu selesai.

“Ini akan memberi kami kunci kira-kira yang sangat kukuh,” katanya pada sidang media mengenai kerjasama tersebut di sini, kelmarin.

Terdahulu, kedua-dua syarikat itu menandatan­gani perjanjian kerjasama strategik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk mengembang­kan perniagaan huluan SEB, pada masa ini bernilai AS$1.6 bilion di rantau Asia Pasifik dan Mexico.

Shahril menjangka kerjasama itu akan menyumbang kepada pertumbuha­n SEB pada masa depan, dengan mengunjurk­an syarikat berkenaan akan kembali mencatat untung pada tahun kewangan berakhir 31 Jan 2020.

Ia juga akan disokong oleh nilai kontrak dalam tangan yang lebih baik dan peningkata­n pengeluara­n minyak dan gas, yang dijangka meningkat tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun akan datang daripada 10,000 tong ketika ini.

“Saya pasti kami akan mencatat untung pada 2020,” katanya.

OMV AG adalah satu daripada syarikat minyak dan gas bersepadu Austria dan satu daripada syarikat perindustr­ian terbesar yang tersenarai di sana dengan jualan kumpulan berjumlah 20 bilion euro dan lebih 20,000 tenaga kerja.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia