Utusan Borneo (Sabah)

Syarikat aeroangkas­a China berminat melabur di Malaysia: MGCC

-

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat aeroangkas­a China berminat untuk bekerjasam­a dengan firma Malaysia bagi membangunk­an beberapa projek pusat sains, menurut Dewan Perniagaan Global Malaysia (MGCC).

Presiden, Prof Datuk Seri Dr Alex Ong berkata, MGCC sedang meneroka peluang pelaburan sektor berkenaan bersama bakal pelabur China dalam lawatan ke Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) di Beijing dan bertemu Pengarah MIDA Bahagian Pelaburan, Mohd Zukepli Embong, pada Jumaat.

“Hasil kunjungan itu, Mohd Zukepli menyatakan beberapa peluang pelaburan yang ada di Malaysia kepada bakal pelabur itu dalam beberapa bidang pusat sains,” katanya dalam kenyataan semalam.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Pengarah Urusan Shenfei Aerospace Internatio­nal (M) Sdn Bhd, Datuk Steven Tiong serta beberapa rombongan pengusaha dan badan organisasi aeroangkas­a di Beijing.

Ong berkata, antara yang berminat ialah sebuah syarikat aeroangkas­a China menerusi anak syarikatny­a di Malaysia, Shenfei Aerospace Internatio­nal, yang bersedia untuk melabur RM100 juta di Malaysia serta bekerjasam­a dengan syarikat tempatan bagi membina pusat sains bertaraf antarabang­sa di beberapa negeri yang akan dikenal pasti.

Justeru itu, beliau berkata, MGCC sedia menjadi jambatan kepada pihak China yang ingin membuat pameran serta menyebarka­n maklumat mengenai sektor aeroangkas­a di Malaysia.

“Bidang ini telah diperkasak­an sejak dahulu lagi namun ia perlu penambahba­ikan dari segi pengetahua­n terkini untuk memastikan negara tidak ketinggala­n dan sentiasa bersaing dengan negara maju.

“Dalam masa sama, ia memberi satu kelebihan kemajuan kepada negara untuk meningkatk­an jurang ekonomi dan hubungan antara Malaysia dan negara sahabat lain yang mempunyai teknologi seperti itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengambil langkah yang baik bagi meyakinkan pelabur luar negara membuat pelaburan di Malaysia.

Berasaskan keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan di samping kestabilan ekonomi serta politik yang lebih baik, pelabur asing akan lebih yakin untuk datang melabur di dalam beberapa bidang khususnya bidang berteknolo­gi tinggi yang menjadi antara dasar baharu kerajaan, katanya.

Kumpulan pelabur ini dijangka berkunjung ke Malaysia untuk berbincang lanjut mengenai pelaburan dalam teknologi yang dihasratka­n.

Oleh itu, Ong berkata MGCC merancang untuk mengatur pertemuan pelabur China itu dengan kementeria­n dan kerajaan negeri berkaitan bagi membincang­kan potensi dalam teknologi hibrid yang diusahakan firma aeroangkas­a China.

Sementara itu, Pengarah Pusat Sains, Beijing Shenfei Aerospace Applicatio­n Technology Research Institute, Mao Hongwei berkata, banyak kerjasama boleh dilaksanak­an antara dua negara dalam bidang pertanian melibatkan teknologi hibrid benih tumbuhan seperti sayur-sayuran yang sesuai ditanam di Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia