Utusan Borneo (Sabah)

Perkembang potensi pelajar teroka cabaran baharu

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Pencapaian di sekolah dapat memaksimum­kan potensi pelajar untuk meneroka pelbagai cabaran baharu yang sentiasa berubah-ubah dan mencabar.

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Raisin Saidin berkata untuk mencapai kecemerlan­gan, jalinan erat hubungan di antara sekolah, ibu bapa, guru-guru dan pelajar merupakan faktor utama yang dapat menentukan pencapaian sasaran.

“Kemenjadia­n murid membentuk generasi bistari bermula di sekolah.

“Namun dalam memburu kecemerlan­gan akademik, aspek pembanguna­n kerohanian, sahsiah, fizikal dan kewarasan akal fikiran harus diperkemba­ngkan dalam diri pelajar untuk mendepani cabaran masa hadapan,” katanya.

Raisin berkata demikian dalamucapa­nperasmian­diHari Anugerah Kecemerlan­gan Ke47 dan Majlis Konvokesye­n Ke-20 SM St Anne di sini pada Sabtu.

Ucapan Raisin disampaika­n oleh Mastura Tieh, Ketua Bahagian Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Turut hadir pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan itu ialah Pengerusi Lembaga Sekolah Edward Lajanty, ibu bapa dan para pelajar.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengetua SM St Anne Chan Kwi Fung berkata sekolah itu muncul sekolah terbaik seluruh Labuan dalam pencapaian keputusan SPM tahun lalu.

“Bilangan pelajar mencapai semua A dalam peperiksaa­n SPM meningkat dari seorang pada tahun 2016 kepada empat pelajar pada tahun 2017,” kata Chan.

Menurut Chan, pencapaian pelajar sekolah itu turut melibatkan peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan, kebangsaan dan antarabang­sa.

Pelbagai hadiah kecemerlan­gan disampaika­n pada majlis itu meliputi pencapaian akademik dan kokurikulu­m yang melibatkan penerima dari kalangan pelajar, guru-guru dan ibu bapa.

 ??  ?? PELAJAR menunggu giliran untuk majlis konvokesye­n.
PELAJAR menunggu giliran untuk majlis konvokesye­n.
 ??  ?? EDWARD menyampaik­an sijil kecemerlan­gan guru.
EDWARD menyampaik­an sijil kecemerlan­gan guru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia