Utusan Borneo (Sabah)

Badminton Piala Datuk Jimmy Wong

-

TAWAU: Kelab Badminton Warisan Tawau (KBWT) akan mengadakan Kejohanan Badminton Piala Datuk Jimmy Wong buat pertama kali di Tawau pada 30 November hingga 2 Disember 2018.

Pengerusi Jawatankua­sa Henery Wong berkata, kejohanan badminton ini akan diadakan selama tiga hari di dewan badminton Sekolah Tinggi Cina Sabah (Tawau), dan orang ramai dialu-alukan datang menyaksika­n kejohanan berkenaan.

Henery mengalu-alukan warganegar­a Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menyertai kejohanan badminton ini dengan mendaftark­an diri sebelum November 23, 2018.

Dia juga mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Datuk Jimmy Wong, Adun Sri Tanjong merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah atas sokongan beliau dengan menaja kejohanan badminton ini.

Majlis Pembukaan Kejohanan Badminton akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Frankie Poon Ming Fung sementara majlis penutupan akan dirasmikan oleh Datuk Jimmy Wong.

Presiden KBWT Lim Teck Kiong berkata, KBWT adalah organisasi bukan bermotifka­n untung yang ditubuhkan secara rasmi pada Ogos tahun ini.

Matlamat KBWT adalah untuk memupuk dan melahirkan bakat baru badminton serta meningkatk­an tahap permainan badminton dan memperkuku­hkan hubungan silaturahi­m antara satu sama lain.

Dia berkata, KBWT akan mengadakan pelbagai pertanding­an badminton setiap tahun dan akan menjemput jurulatih ke Tawau untuk memberi tunjuk ajar dan latihan.

Sementara itu, ahli-ahli KBWT juga akan berpeluang menyertai pelbagai kejohanan badminton peringkat negeri, negara dan antarabang­sa.

Oleh itu, beliau mengalu-alukan peminat badminton warganegar­a Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas untuk menjadi ahli KBWT demi memperkasa­kan sukan badminton.

Menyentuh kejohanan badminton ini, ianya terdiri daripada lima kategori, iaitu Beregu Lelaki Terbuka, Beregu Lelaki Movies Tertutup Tawau, Beregu Veteran Campuran, Beregu Campuran; dan Beregu Wanita.

Pemenang johan akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000 dan sebuah piala sementara naib johan wang tunai RM3,000 dan sebuah piala dan pemenang tempat ketiga akan menerima RM1,000 dan sebuah piala.

Kebelakang­an ini, KBWT juga telah mengadakan lawatan ke Semenanjun­g Malaysia dan sempat mengadakan pertemuan dengan Koo Kien Keat, pemain badminton profesiona­l Malaysia yang telah bersara dan beliau juga dilantik menjadi penaung kepada KBWT.

Koo juga akan datang ke Tawau menghadiri program Kejohanan Badminton pada 30 November sehingga 2 Disember 2018.

Peserta yang berminat boleh mendapatka­n borang penyertaan di Best Secure (Kubota), Sri Matawau (Sabindo) atau di Dasabah (Sabindo) dan melampirka­n salinan MyKad serta RM300 yuran penyertaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Liau 019-8235512 atau 013-8835899, Lim 014-3524867, Chek 016-8264852 dan Chin 0138819373.

 ??  ?? KOO (kanan) menerima lantikan sebagai penaung kepada KBWT daripada Lim Teck Kiong.
KOO (kanan) menerima lantikan sebagai penaung kepada KBWT daripada Lim Teck Kiong.
 ??  ?? AHLI-AHLI KBWT bergambar bersama Koo selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Semenanjun­g Malaysia.
AHLI-AHLI KBWT bergambar bersama Koo selepas mengadakan pertemuan dengan beliau di Semenanjun­g Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia