Utusan Borneo (Sabah)

Suntik 15: Kepekaan aspek bahasa dalam karya

-

SEPERTI selalu saban waktu ia berlaku, semangat melangkah ke program Suntik sentiasa bernyala di dada. Rasa itu tertanam pada semua yang begitu setia mengikuti program ini sama ada yang datang mahupun hanya menonton secara langsung di Facebook.

Ketika menukangi artikel ini, sayup-sayup kedengaran lagu dendangan Nissa Sabyan – Deen Assalam; jika hidup dengan perasaan cinta, meski bumi sempit kita kan bahagia. Lagu ini seperti ingin menerobos masuk ke dalam kata-kata. Terasa ingin menzahirka­n sesuatu yang begitu subur dan indah dan sebegitu yang diharapkan dalam program ini untuk terus menyuburka­n rasa cinta sesama kita. Cinta kepada ilmu. Cinta yang akhirnya membangkit­kan roh dan nyawa kepada sastera.

Suntik 15 pada 20 Oktober lalu begitu meriah. Kru suntik begitu berbesar hati dengan kesudian Datuk Dr Hajah Zaiton Ajamain dan Obasiah Usman menjadi penilai Suntik kali ini.

Sesi pertama dimulakan dengan penilaian puisi oleh Datuk Dr Hajah Zaiton Ajamain. Seorang tokoh sastera yang tidak asing lagi di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Kelemahan utama penulis Sabah ialah dari segi bahasa,” tukas Hajah Zaiton yang menilai puisi sepanjang September melalui proses mencerap dan mencerakin.

Katanya sebanyak 77 buah puisi tersiar sepanjang September. Namun, akibat begitu banyak kesilapan tatabahasa dan pelbagai kesalahan penggunaan bahasa, puisi yang tersiar kurang menarik untuk dibaca. Beliau memberi fokus kepada masalah ini, berikutan aspek ini begitu penting di dalam menukangi sebuah karya yang baik. Beliau menyaranka­n agar editor akhbar dan penulis itu sendiri lebih peka untuk membaca dan menyunting karya yang ingin disiarkan. Penulis juga perlu rajin merujuk kamus dewan dan buku tatabahasa. Baginya semua perkara ini penting untuk menghasilk­an karya yang matang dan bermutu. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau ketika menjadi panel beberapa sayembara. Dan menegaskan kesekian kali seperti penilai lalu bahawa penulis harus peka memilih tajuk yang sesuai, unsur simbolik, estetik dan seluruh fizikal sebuah karya. Baginya hal tersebut boleh mempengaru­hi kekuatan sebuah puisi. Seperti Puisi Terbaik Suntik 15 – Di Negeri Ini Seperti Kolam Susu (Utusan Borneo) oleh Siba Nita AS yang meraih kali ketiga berturut-turut, karya terbaik Suntik. Hajah Zaiton menyatakan, puisi ini begitu menarik perhatiann­ya meski pada mulanya beliau tidak mengetahui pengarangn­ya. Puisi ini seperti mengalunka­n irama tersendiri melalui pemilihan diksi dan rima. Memberi makna simbolik untuk difikirkan pembaca. Di Negeri Ini Seperti Kolam Susu Jika engkau tak sanggup berenang di laut biru Gapailah tangan sekalipun di angin lalu Jika engkau tak mampu terlentang di lapangan berdebu Merangkala­h di belantara kelabu Jika engkau tak sempat mendengar khabar dari negeri yang jauh Pandanglah sekeliling­mu Kerana negeri ini sudahpun bertukar Menjadi kolam susu...?

Sesi kedua disambung dengan penilaian cerpen oleh Obasiah Usman. Pengarang otai yang tidak asing lagi di Sabah. Novel beliau bertajuk Formula Terdinamik telah terpilih menjadi teks Komsas di sekolah Zon Semenanjun­g.

Pelbagai tema cerpen yang dipilih penulis sepanjang September, ujar beliau. Beliau menyatakan di dalam menghasilk­an cerpen, penulis harus terlebih dahulu memahami struktur, dialog, monolog dan naratif. Begitu juga dalam aspek gaya bahasa dan sebagainya. Katanya juga penulis yang baik akan sanggup menanggung risiko untuk menyatakan sesuatu yang baharu. Ini ditambah dengan memahami cabang falsafah yang boleh menjadi tambah nilai estetika – falsafah seni.

Selain itu Obasiah turut menjelaska­n, pentingnya penulis memahami sudut pandangan di dalam karya. Kelemahan memahami aspek ini begitu ketara di kalangan penulis Sabah. Malah ada yang keliru antara monolog dan gaya naratif. Kelemahan lain yang harus diambil bagi cerpen sepanjang September ialah dari struktur cerpen, tema yang tidak kuat, latar belakang kabur, plot tidak tersusun, terlalu berjela-jela, keluar tajuk dan sebagainya.

Beliau menyaranka­n penulis harus banyak membaca. Hanya dengan rajin membaca dan mengkaji, penulis akan lebih bersedia menghasilk­an sebuah karya yang bermutu dan menarik. Walau bagaimanap­un, terdapat beberapa cerpen menarik perhatiann­ya sepanjang September. Antara cerpen tersebut ada yang dizahirkan dengan teknik dan falsafah. Unsur moral dan sebagainya. Namun beliau menyaranka­n agar penulis terus memperbaik­i setiap kelemahan untuk menghasilk­an karya yang lebih matang.

Beliau memilih Cerpen Terbaik Suntik 15 – Hantaran Rindu (Utusan Borneo) oleh Yatim Ahmad. Baginya cerpen ini memiliki pemikiran dan persoalan yang tersendiri. Kisah kasih sayang seorang cucu terhadap neneknya. Namun kehadiran dua watak ini membawa pelbagai mesej yang bermakna kepada pembaca. Selain kasih sayang kekeluarga­an, pengarang cuba manyampaik­an sesuatu tentang kepentinga­n generasi baharu memelihara budaya dan bahasa sebuah bangsa. Seperti petikan ayat ini; Mempertaha­nkan budaya dan bahasa mahu jadi apa bangsa itu? Dia menyalin kulit menjadi orang lain, tapi tanpa nuansa bangsanya sendiri, ia hanya ada fikiran, tapi tubuhnya seperti mayat. Acara diakhiri dengan penyampaia­n hadiah saguhati kepada penilai dan penerima Karya Terbaik Suntik oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) Hajah Asmiah Haji Ajamain. Sekali lagi kru Suntik mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak DBPCS dan rakanrakan penulis yang hadir memberi sokongan, serta yang menonton secara langsung melalui halaman Suntik di Facebook. Suntik 16 diadakan pada 17 November 2018 di ITTC, Penampang. Semoga aktiviti sastera kita sentiasa memberi bermanfaat untuk masyarakat. -Artikel sumbangan Rodiah Haji Said

 ??  ?? SEBAHAGIAN penulis yang hadir pada program Suntik 15 mengabadik­an gambar kenangan.
SEBAHAGIAN penulis yang hadir pada program Suntik 15 mengabadik­an gambar kenangan.
 ??  ?? ASMIAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Obasiah.
ASMIAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Obasiah.
 ??  ?? ASMIAH (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Zaiton.
ASMIAH (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Zaiton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia