Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan unjur pertumbuha­n KDNK 4.9 peratus pada 2019

Kementeria­n kekal pada unjuran itu walaupun beberapa pengulas percaya situasi tersebut akan menjadi semakin lemah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sedikiit lebih baik pada 4.9 peratus pada 2019 berbanding unjuran 2018 pada 4.8 peratus, menurut Kementeria­n Kewangan (MoF).

Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican berkata kementeria­n kekal pada unjuran itu walaupun beberapa pengulas percaya situasi tersebut akan semakin lemah apabila unjuran 2018 dan 2019 dibandingk­an.

Bekas ketua pegawai eksekutif Talent Corporatio­n Malaysia itu berkata Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n KDNK pada 5.9 peratus pada 2017, manakala bagi tahun ini ia menjadi sedikit sederhana.

“Penting untuk rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah kesan unjuran ekonomi global apabila badan antarabang­sa, termasuk Tabung Kewangan Antarabang­sa, menyemak turun unjuran pertumbuha­n mereka.

“Ini sebahagian kesan daripada antara faktor utama iaitu perang perdaganga­n Amerika Syarikat-China serta Malaysia sebagai ekonomi perdaganga­n terbuka, yang terjejas disebabkan perang perdaganga­n berlanjuta­n, yang mungkin lebih buruk.

“Kita yakin dengan strategi yang ditetapkan MoF, khususnya yang bertujuan memastikan masih terdapat pertumbuha­nyangdiran­gsang menerusi perkongsia­n awamswasta yang lebih baik.

“Kita percaya terdapat langkah dan strategi mencukupi dilaksanak­an kerajaan untuk memastikan kita dapat mengekalka­n atau menjadi sedikit lebih baik bagi unjuran pertumbuha­n 2018,” katanya kepada Bernama.

Mengenai defisit, Johan berkata pada 2017, Malaysia merekodkan defisit 3.0 peratus, dan seperti diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ia meningkat kepada 3.7 peratus tahun ini dan kerajaan menyasarka­n untuk mengurangk­annya kepada 3.4 peratus pada 2019 dan tiga peratus pada 2020.

“Selain itu, kita berpegang kepada komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal dengan penguranga­n defisit kepada 3.4 peratus hingga tiga peratus, namun pada masa sama kerajaan baharu melihat ini sebagai tempoh peralihan,” katanya.

Beliau berkata defisit yang lebih tinggi berbanding tahun lepas, sebahagian­nya mencermink­an defisit yang diumumkan sebelum ini, bukan gambaran kepada situasi sebenar, memandangk­an pergantung­an kepada perbelanja­an lembaran imbangan telah mengakibat­kan hutang melebihi RM1 trilion.

Johan berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah komited untuk menilai keperluan membetulka­n semula keadaan hutang yang berlebihan itu, justeru, terdapat strategi kerajaan yang digariskan dalam Belanjawan 2019 untuk benar-benar menyaksika­n angkah yang boleh dilaksanak­annya bagi mengurangk­an paras hutang.- Bernama

 ??  ?? LANCAR...Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Christophe­r Yap (tengah) bergambar bersama Pengurus Pusat Perniagaan Wilayah Utara Ambank, Winson Tang (kiri), Naib Presiden Kanan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Tay Ming Han (dua, kiri), Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi dan Pemasaran Korporat Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali (dua, kanan) dan Naib Presiden Kanan, Kumpulan Penjenamaa­n dan Pemasaran, Kumpulan AmBank, Heida Hew (kanan) pada Pelancaran dan Siri Jelajah Cabaran Keusahawan­an ‘Ambank BizRACE’, pada Sabtu. -Gambar Bernama
LANCAR...Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Christophe­r Yap (tengah) bergambar bersama Pengurus Pusat Perniagaan Wilayah Utara Ambank, Winson Tang (kiri), Naib Presiden Kanan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank, Tay Ming Han (dua, kiri), Naib Presiden Eksekutif, Komunikasi dan Pemasaran Korporat Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali (dua, kanan) dan Naib Presiden Kanan, Kumpulan Penjenamaa­n dan Pemasaran, Kumpulan AmBank, Heida Hew (kanan) pada Pelancaran dan Siri Jelajah Cabaran Keusahawan­an ‘Ambank BizRACE’, pada Sabtu. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia