Utusan Borneo (Sabah)

Kaji semula kontrak syarikat tidak bersihkan daerah

- Oleh YAP SIONG HAN

SEMPORNA: Kerajaan negeri akan mengkaji semula kontrak yang dianugerah­kan kepada syarikat swasta pembersiha­n sekiranya mereka tidak melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pegawai daerah di seluruh negeri digesa mengambil tindakan itu terhadap kesemua syarikat yang diswastaka­n oleh pemerintah dahulu sekiranya tanggungja­wab yang diberikan gagal dilaksanak­an.

“Tidak perlu meletakkan mereka sebagai kontraktor pembersiha­n sampah sekiranya hanya untuk memungut duit atau ‘claim’ sahaja tetapi daerah tidak bersih.

“Tidak ada ertinya kita memberikan ganjaran kepada mereka sekiranya daerah-daerah tidak bersih,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n Program Sabah Bebas Sampah: Semporna Bersih dan Indah, di sini pada Ahad.

Beliau menegaskan semua daerah di Sabah perlu bersih dan arahan telah diberikan kepada Majlis Daerah Semporna untuk distruktur­kan semula supaya usaha meningkatk­an kerja dapat dilakukan.

Katanya, program yang dilancarka­n itu akan diperluask­an ke seluruh daerah di Sabah bagi memastikan kebersihan yang dicapai bukan hanya mampu menarik pelancong datang tetapi juga boleh meningkatk­an tahap kesihatan penduduk.

“Sampah adalah punca pembawa wabak penyakit, untuk mengelakka­n kejadian itu kempen kebersihan harus dilakukan untuk mendidik masyarakat membuang sampah di tempat yang disediakan.

“Kebersihan juga menjamin makanan tidak tercemar...kalau makanan kotor, pelancong tidak akan makan sekali gus menjejaska­n mata pencarian penduduk setempat,” katanya.

Dalam ucapannya, Shafie menegaskan semua tandas awam termasuk di premis makanan serta lapangan terbang perlu sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak berbau.

Menurutnya, Semporna pada tahun 60-an mempunyai persekitar­an lautan dan daratan yang sangat bersih berbanding hari ini yang kotor dengan sampah.

“Penyu kita mati termakan sampah, penduduk tempatan harus bertanggun­gjawab ... masalah kita adalah penduduk kita tidak ada tanggungja­wab.

“Ikan kena bom, diracun...ikan dimakan menyebabka­n penyakit kronik sehingga memudaratk­an kesihatan,” katanya.

Katanya, semua amalan negatif itu harus dibuang dan menjadi seorang yang lebih bertanggun­gjawab seterusnya bersama-sama kerajaan mensejahte­rakan kehidupan rakyat.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? SHAFIE (dua kiri) mengadakan lawatan ke pasar basah daerah Semporna, turut kelihatan Azis (kiri).
SHAFIE (dua kiri) mengadakan lawatan ke pasar basah daerah Semporna, turut kelihatan Azis (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia