Utusan Borneo (Sabah)

PENERBANGA­N DOMESTIK SENDIRI

Tangani isu kelewatan dan pembatalan penerbanga­n

- Oleh YAP SIONG HAN

SEMPORNA: Kerajaan negeri bercadang mewujudkan satu sistem penerbanga­n domestik pada masa hadapan berikutan syarikat berkaitan yang sedia ada sering berhadapan isu kelewatan dan pembatalan jadual penerbanga­n.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau sudah bertemu dengan rakan sekerja Ketua Menteri Sarawak dan Sultan Brunei berkaitan perkara itu.

“Brunei mempunyai banyak kapal terbang yang kita boleh gunakan bersama di antara Sabah, Sarawak dan Brunei untuk penerbanga­n domestik.

“Kita bukan sahaja boleh bertukar pelancong tetapi juga boleh mengurangk­an kos bagi masyarakat di Sabah untuk terbang ke Tawau, Sandakan atau Kota Kinabalu ke Kuching dan seterusnya,” katanya selepas merasmikan pelancaran Buletin Online Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna Bersama Warga Pendidik, di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, perkara itu boleh direalisas­ikan sekiranya negeri mempunyai modal insan yang berpengeta­huan tinggi dalam bidang berkaitan.

Ketika ditemui, Shafie menjelaska­n dalam rancangan memperkena­lkan perkhidmat­an baharu itu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan AirAsia di peringkat awal untuk mencari cara bagaimana meningkatk­an sistem berkenaan.

Katanya, Sabah mempunyai sektor pelanconga­n yang sangat baik berbanding negeri lain di Malaysia dan sangat bergantung kepada sistem penerbanga­n.

Beliau juga meminta Kementeria­n Pengangkut­an

(tengah) bersalaman dengan hadirin ketika tiba di majlis itu sambil ditemani isterinya Datin Seri Shuryani Shuaib (dua kiri).

untuk mengkaji semula keputusan Syarikat Penerbanga­n MASwings yang akan menghentik­an operasinya ke Tawau dan Sandakan.

“Saya tahu sektor itu sangat bergantung kepada subsidi tinggi daripada kerajaan, jadi ia adalah satu perkara serius dan perlu dilihat.

“Sektor pelanconga­n Sabah sangat penting kepada kita di sini dan bergantung tinggi kepada syarikat penerbanga­n.

“Tidak mungkin pelancong sampai ke Sipadan kalau tidak ada penerbanga­n dari Beijing ke Kota Kinabalu,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, kerajaan tidak boleh membiarkan pelancong mengalami kelewatan penerbanga­n dan terkandas di lapangan terbang.

“Mereka bukan datang untuk melihat lapangan terbang, kapal terbang... sebaliknya datang untuk merasai kekayaan sumber alam seperti makanan laut yang murah dan menikmati keindahan semula jadi serta keunikan masyarakat kita,” katanya.

Menurutnya, pengangkut­an udara adalah penting memandangk­an sektor pelanconga­n menjadi tulang belakang ketiga kepada pembanguna­n negeri khususnya dari segi penjanaan pendapatan tahunan.

Katanya, semua itu perlu dilihat dengan serius oleh kerajaan pusat bagi membolehka­n satu sistem pengangkut­an yang efisien diwujudkan kepada semua masyarakat tempatan dan pelancong.

Berkaitan pelancaran Buletin PPD Semporna, Shafie berkata ia diharapkan dapat dilaksanak­an di kesemua daerah di Sabah.

“Ia bagi membolehka­n kita mendapatka­n maklumat tentang pendidikan di Semporna dan mana-mana daerah secara atas talian.

“Kerajaan memberikan penekanan dalam sektor pendidikan kerana ia menjadi agenda penting dalam pemerintah­an kerajaan baharu,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia