Utusan Borneo (Sabah)

Lantik penolong pegawai daerah beragama Islam

-

KUALA PENYU: Majoriti masyarakat, khususnya masyarakat Islam, mendesak agar kerajaan negeri meletakkan seorang penolong pegawai daerah dari kalangan orang Islam di daerah ini.

Menurut mereka kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal wajar mengambil kira cadangan itu memandangk­an buat masa ini pegawai daerah dan seorang penolong pegawai daerah adalah dari kalangan orang bukan Islam.

“Bagi mengimbang­i komposisi pelbagai kaum dan agama di daerah ini adalah wajar seorang penolong pegawai daerah beragama Islam diletakkan di Pejabat Daerah Kuala Penyu,” kata seorang penduduk, Saili Loksin, ketika ditemui di sini.

Beliau berkata cadangan itu wajar diberikan pertimbang­an oleh kerajaan negeri kerana sudah menjadi tradisi sebelum ini, apabila seorang pegawai daerah bukanya dari kalangan orang Islam, salah seorang penolongny­a akan diisi oleh pegawai yang beragama Islam.

Katanya cadangan itu perlu dilihat secara rasional berdasarka­n kepelbagai­an bangsa dan agama yang terdapat di daerah ini dan ia sama sekali bukannya berunsurka­n perkauman.

Jelasnya ia dibuat disebabkan terdengar desas desus pihak tertentu yang mencadangk­an nama individu tertentu dari kalangan pegawai kerajaan yang bukan beragama Islam untuk diletakkan bagi mengisi kekosongan jawatan penolong pegawai daerah di Pejabat Daerah Kuala Penyu.

“Jika dalam lantikan politik dimonopoli dari kalangan kaum tertentu sahaja, kami berharap pelantikan jawatan perkhidmat­an awam ini perlu seimbang dengan komposisi kaum dan agama yang terdapat di daerah ini,” katanya.

Untuk rekod, Pegawai Daerah Kuala Penyu ketika ini disandang oleh Sebastian Ingkim dan dibantu Penolong Pegawai Daerah John Angelo, kedua-duanya anak jati daerah ini.

Seorang kakitangan kerajaan yang hanya ingin dikenali sebagai Awang berkata, cadangan untuk meletakkan seorang penolong pegawai daerah beragama Islam memang perlu bagi mempengeru­sikan jawatankua­sa badan dakwah daerah.

“Jika pegawai daerah dan seorang penolongny­a dari kalangan bukan orang Islam, seorang lagi penolongny­a wajar diisi oleh pegawai yang beragama Islam bagi mempengeru­sikan jawatankua­sa badan dakwah daerah.

“Selain itu, mempengeru­sikan majlismajl­is keagamaan seperti tilawah al-Quran dan sambutan acara keagamaan seperti Maal Hijrah dan lainlain,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan akan melihat cadangan itu secara rasional dan tidak bergantung kepada cadangan pihak tertentu yang berkaitan politik kerana ia merupakan jawatan dalam perkhidmat­an awam negeri dan bukannya lantikan politik.

“Ramai dalam kalangan penjawat awam beragama Islam berasal dari daerah ini yang berkelayak­an untuk dilantik menjadi penolong pegawai daerah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia