Utusan Borneo (Sabah)

16 ditahan dalam Ops Bersepadu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Polis menahan 16 individu termasuk sembilan pendatang tanpa izin (PTI) serta tujuh suspek kes jenayah dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata operasi yang bermula jam 2 petang hingga 8 malam itu dijalankan di beberapa kawasan.

“Dalam operasi kali ini, anggaran umur tangkapan adalah dalam lingkungan 11 tahun hingga 56 tahun.

“Tangkapan PTI akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen serta tangkapan kes jenayah disiasat mengikut Seksyen 379, Sek.380 dan Sek.457 Kanun Keseksaan, berdasarka­n kesalahan masing-masing,” katanya.

Katanya operasi dijalankan di kawasan bandaraya yang dipercayai mengundang kegiatan jenayah di daerah ini.

“Kita menjalanka­n operasi ini selama enam jam di empat lokasi yang dijayakan bersama Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Operasi seumpama ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengurangk­an kadar jenayah, PTI, dadah serta gejala sosial negatif di daerah ini,” katanya.

Habibi juga mengalualu­kan kerjasama orang ramai untuk menyalurka­n sebarang maklumat kepada pihak polis dengan datang ke balai polis berhampira­n atau melalui media sosial Facebook Polis Kota Kinabalu.

 ??  ?? ANGGOTA penguatkua­sa menggeleda­h rumah setinggan yang dipercayai tempat tinggal PTI.
ANGGOTA penguatkua­sa menggeleda­h rumah setinggan yang dipercayai tempat tinggal PTI.
 ??  ?? ANGGOTA polis sedang memeriksa dokumen diri individu yang disyaki ketika operasi dijalankan pada Sabtu.
ANGGOTA polis sedang memeriksa dokumen diri individu yang disyaki ketika operasi dijalankan pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia