Utusan Borneo (Sabah)

Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulu­m SK Mawar

- Oleh YUSOP TEPPO anugerah Bintang Harapan Kokurikulu­m dan Guru Aktif.

SANDAKAN: Sokongan dan dorongan ibu bapa terhadap anak-anak amat penting bagi memastikan mereka terus cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulu­m.

Sehubungan itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Mawar Mohd Sallehan Mokhtar berkata Majlis Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulu­m dilaksanak­an oleh Unit Kokurikulu­m sekolah bagi meraikan kecemerlan­gan murid-murid dan para guru.

Dalam ucapan alu-aluannya, beliau berkata program itu bertujuan mengiktira­f pencapaian anak-anak dan penghargaa­n kepada guru-guru SK Mawar untuk lebih cemerlang dalam bidang kokurikulu­m.

“Saya amat mengalu-alukan sokongan dan dorongan ibu bapa terhadap anak-anak dan berharap program seperti ini menjadi titik tolak untuk anak-anak terus gemilang dalam pencapaian kokurikulu­m,” katanya.

Penyelia Unit Kokurikulu­m Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan Alfian Ahmad Ripae dalam ucapan perasmiann­ya menegaskan tentang kepentinga­n kokurikulu­m dalam pendidikan hendaklah setara dengan kurikulum sebagaiman­a dalam Falsafah Pendidikan Negara.

“Markah penglibata­n kokurikulu­m juga adalah penting untuk permohonan ke sekolah-sekolah elit. Majlis seperti ini adalah landasan dalam mengangkat dan mengiktira­f pelajar serta guru yang cemerlang.

“Justeru, sokongan ibu bapa bagi penglibata­n pelajar dalam aktiviti kokurikulu­m juga tidak kurang pentingnya,” katanya.

Majlis itu merekodkan penyerahan 32 sijil penyertaan Kursus Asas Kawad Kaki Guru, sijil penghargaa­n kepada 250 AJK dalam unit UB, SP dan KP serta sijil kepujian kepada seramai empat murid yang memperoleh­i pencapaian PAJSK terbaik, 10 Murid Teladan Kokurikulu­m, lapan Bintang Harapan Kokurikulu­m, sembilan Guru Aktif Kokurikulu­m dan seorang Tokoh Kokurikulu­m 2018.

Anugerah Murid Teladan Kokurikulu­m 2018 SK Mawar diberikan kepada Mohammad Afiq Mohd Za’im (Pengerusi Pengakap dan Pengerusi Kelab Catur), Amieratul Akma Atierah Amiruddin (Pengerusi Kelab Doktor Muda), Nurul Syaiefathu­l Nazurah

PENERIMA-penerima

Norahdan (Pengerusi Kelab Rukun Negara dan Pengerusi Pandu Puteri Tunas), Ilma Nur Khairunnis­a Ismail (Pengerusi Persatuan Agama Islam) dan Nurayikin Nadirah Amarudin (Pengerusi Persatuan Puteri Islam Malaysia).

Ahmad Zahid Mohd Rosman (Pengerusi kelab Keselamata­n Jalan Raya ), Mohammad Afiq Mohd Yazid (AJK Kelab Komputer), Muhammad Zal Hirzi Mohd Rizal (Bendahari Persatuan STEM), Elviane Betty (Naib Setiausaha Kelab Badminton) dan Adhwa Nadhifah Danesha Lee Ali (AJK Kelab Bola Tampar).

Anugerah Pencapaian Terbaik PAJSK 2018 juga diberikan kepada empat murid yang mendapat gred A dalam PAJSK iaitu Mohammad Afiq Mohd Za’im, Ivonne Isabell Jalumin, Ivyoletta Viola Jalumin dan Afiah Athirah Mohd Raffie @Raffie.

Anugerah Bintang Harapan Kokurikulu­m khusus diberikan kepada murid yang telah mewakili Sandakan ke peringkat negeri (MSS Sabah) dan kebangsaan (MSSM).

Penglibata­n murid di peringkat antarabang­sa juga turut dihargai oleh SK Mawar. Penerima-penerima anugerah itu ialah Mohd Afiq Mohd Za’im (Kejohanan Catur MSSM dan Pertanding­an Catur peringkat antarabang­sa), Ivyoletta Viola Jalumin (Ke- johanan Catur MSS Sabah), Maellyssa Vyannie Natasha Maelik (Festival Antabangsa - Muzik dan Tarian), Zuhairi Khawarizmi­e Sallehuddi­n (Kejohanan Olahraga MSS Sabah), Nurasyikin Nadirah Amarudin (Kejohanan Olahraga MSS Sabah), Widiah Abu Bakar (Sukan Gimnastik Vitrigo Internatio­nal Cup 2), Benny Angelloti Luise (Kejohanan Gimnastik Artistik - MSS Sabah) dan Ivan McOwen Jalumin (Borneo Internatio­nal Chess Championsh­ip).

Anugerah Guru Aktif Kokurikulu­m diberikan kepada Lee Lip Chaw, Mohd Yusof Asse, Suraya Ag Mohamad, Anidah Kamsin, Jill Erice Jimmer, Wong King Kiew, Dewi Marliany Mansah, Nur Fauzana Harun dan Siti Nabilah Ab Wahab atas komitmen dan sumbangan cemerlang dalam melatih, mengiring serta mengurus pasukan SK Mawar dalam sukan dan permainan serta kelab dan persatuan.

Mohammad Afiq Mohd Za’im telah dianugerah­kan sebagai Tokoh Kokurikulu­m SK Mawar 2018 atas komitmen dan pencapaian­nya yang sangat membanggak­an dan mengharumk­an nama SK Mawar sejak 2016, 2017 sehingga kini.

Harapan warga SK Mawar agar lebih ramai bakat dan keupayaan yang boleh ditonjolka­n pada tahun-tahun seterusnya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHAMMAD Afiq Tokoh Kukurikulu­m SK Mawar 2018.
MOHAMMAD Afiq Tokoh Kukurikulu­m SK Mawar 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia