Utusan Borneo (Sabah)

Beri nilai tambah kepada diri

Agar terus relevan dengan peredaran zaman

-

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong Ket Kiun menyaranka­n pelajar, guru dan ibu bapa untuk sentiasa memberi nilai tambah kepada diri melalui pendidikan agar terus relevan dengan perubahan dan peredaran zaman.

Beliau berkata, dunia globalisas­i hanya di hujung jari sahaja yang mana, maklumat bukan sahaja diperoleh melalui komputer malah sekarang lebih pantas dengan adanya telefon pintar.

Katanya anak-anak kita sekarang adalah Generasi Z yang mana mereka lahir pada era digital dengan pelbagai teknologi serba canggih.

“Ibu bapa dan waris termasuk saya adalah generasi X atau ada sebahagian­nya generasi Y. Jurang yang besar antara dua generasi ini memerlukan kita pantas berlari melepasi mereka agar kita boleh memantau dan membimbing aktiviti harian anak-anak.

“Tambahan pula, generasi ini menduduki tangga tertinggi populasi dengan 48 peratus manakala kita hanya 21 peratus. Dunia mereka adalah dunia siber tanpa sempadan. Dari pencarian maklumat, perhubunga­n dengan rakan, pembelian barang sehinggala­h pembelajar­an, semuanya melalui Internet,” katanya.

JASON memalu gong sebagai simbolik perasmian Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan SMK Konven St Cecilia.

“Pemantauan ibu bapa amat signifikan kerana melalui kecanggiha­n ini, anak-anak boleh berkongsi segala-galanya dengan rakan-rakan mereka. Banyak perkara negatif begitu cepat menular melalui kecanggiha­n teknologi walaupun tujuan asal Internet dicipta adalah untuk kebaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St Cecilia 2018 di sekolah itu.Teks ucapannya disampaika­n oleh Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Elopura Jason Pang.

Hadir sama, Penyelia Sukan PPD Sandakan Suriyan Syah M Yunus, Paderi Paroki Katedral St Mary Sandakan Rev Fr David A Garaman, Pengerusi Lembaga Sekolah SMK Konven St Cecilia Cecelia Polo, Timbalan Presiden Persatuan Alumni SMK Konven St Cecilia Rosemary Fung dan Pengetua SMK Konven St Cecilia Soo Tian Hock.

Dalam pada itu, Chong berharap hubungan erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat merealisas­ikan hasrat sekolah itu untuk

“Ibu bapa dan waris termasuk saya adalah generasi X atau ada sebahagian­nya generasi Y. Jurang yang besar antara dua generasi ini memerlukan kita pantas berlari melepasi mereka agar kita boleh memantau dan membimbing aktiviti harian anak-anak.

CALVIN CHONG KET KIUN Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura

menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang.

Malah katanya, sekolah itu mampu membangunk­an modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperib­adian mulia, berpengeta­huan dan berkemahir­an tinggi serta berdaya saing.

Jelasnya lagi, tidak ada jalan pintas untuk mencapai kemajuan dan kejayaan melainkan dengan bekerja keras. Begitu juga dengan rezeki yang tidak datang bergolek.

“Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu berusaha keras. Disiplin yang tinggi adalah resipi kejayaan kerana tanpa disiplin, pelajar tidak akan dapat mencapai kecemerlan­gan dan kesempurna­an dalam hidup.

“Namun, dalam keghairaha­n memburu kecemerlan­gan akademik, kita jangan lupa tentang aspek kerohanian, akhlak, tatasusila dan kewarasan fikiran. Oleh itu, dalam usaha mengejar kemajuan ilmu pengetahua­n, setiap individu perlu berperanan menjana kecemerlan­gan itu berlandask­an akal budi yang luhur.

“Harus diingat bahawa pendidikan yang mengutamak­an aspek akademik semata-mata akan menyebabka­n lahirnya generasi yang pintar tetapi tidak mampu menonjolka­n kebestaria­nnya semasa mengambil tindakan atau membuat sesuatu keputusan,” katanya.

Oleh itu tambahnya, aspek kemanusiaa­n tidak seharusnya diketepika­n kerana melaluinya terdapat beberapa pertimbang­an atau budi bicara bagi membolehka­n pembentuka­n sahsiah yang seimbang.

Majlis itu meraikan seramai 155 pelajar Tingkatan 5 serta pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulu­m.

 ??  ?? JASON (empat dari kanan) bersama warga SMK Konven St Cecilia.
JASON (empat dari kanan) bersama warga SMK Konven St Cecilia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia