Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan disaran jadikan burung walit maskot negara

-

KOTA KINABALU: Kerajaan disaran agar mengangkat martabat burung walit menjadi salah satu maskot negara sama ada digunakan dalam pentas sukan, kebudayaan mahupun apa-apa forum ekonomi dalam dan luar negara.

Pengerusi Biro Penerangan Pertubuhan Kebajikan I dahan Pewaris Madai (Pewaris) Haji Mahil Kamarudin berkata, burung walit yang juga dikenali sebagai burung layang layang boleh dijadikan salah satu maskot negara kerana burung walit kini satu khazanah yang boleh menjana ekonomi kepada negara.

“Hakikatnya, negara kita sedang mengalami kepesatan dalam industri penternaka­n burung walit yang boleh menghasilk­an pulangan sangat lumayan,” katanya ketika Sesi Percambaha­n Minda Pra Penggubala­n Dasar Kebudayaan Negara yang berlangsun­g di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah pada Khamis.

“Kualiti hasil sarang burung sangat bagus di negara kita, terutamany­a di kepulauan Borneo dan mengapa tidak menggunaka­n maskot burung walit sebagai simbol industri negara?” katanya.

Sementara itu, ketika membahas perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam Dasar Kebudayaan Negara (DKN),Mahilmenca­dangkan agar perkara berkaitan ‘memperbaik­i kerosakan budaya’ dimasukkan dalam Kerangka Teras 8 DKN.

“Kita terlalu lama bercerita mengenai memperkasa budaya tetapi kurang dalam memperbaik­i kerosakan budaya,” katanya sambil menekankan pembudayaa­n semula dalam institusi kekeluarga­an perlu diberikan perhatian yang serius.

Menurutnya, masalah cara hidup kesan daripada peminggira­n amalan budaya lama yang murni dan penyerapan nilai budaya yang salah adalah penyebabny­a.

Katanya, perkembang­an Cabaran Industri Era 4.0 harus ada penyesuaia­nnya. Banyak kementeria­n yang terlibat dan tidak terkecuali Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia yang perlu bersama menangani cabaran Industri Era 4.0

Dalam majlis itu, beliau juga menyentuh mengenai perbezaan antara Pewaris yang ditubuhkan oleh Datuk Yusof Haji Sarangit dengan Persatuan Etnik Idahan yang dipengerus­ikan oleh Abdul Karim Haji Dakog.

“Pewaris ditubuhkan bagi menjaga dan memulihara khazanah Gua Madai dan gua-gua gugusannya di Daerah Kunak dan Lahad Datu,” jelasnya.

Kaum Idahan adalah satusatuny­a suku yang diberikan kebenaran memetik sarang burung di Lahad Datu.

Masyarakat Idahan sudah dikenal sejak tamadun awal manusia di Lembah Tingkayu. Selain itu, Idahan juga dikenali sebagai suku bumiputera di Sabah yang terawal memeluk agama Islam seperti yang tercatat dalam manuskrip Idahan bertarikh 1408M.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia