Utusan Borneo (Sabah)

Kemabong diharap turut nikmati peruntukan pelanconga­n

- JAMAWI meneliti kandungan teks ucapan Bajet Negeri 2019.

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar menzahirka­n harapan agar sejumlah peruntukan terutamany­a dalam sektor pelanconga­n dan pertanian dalam Belanjawan Negeri Sabah 2019 yang dibentangk­an oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat akan turut dinikmati di kawasan Kemabong.

Beliau berkata, bajet yang bertemakan ‘Memacu Pertumbuha­n Berpaksika­n Rakyat’ itu memenuhi aspirasi rakyat yang membuat perubahan dengan memilih kerajaan baharu di bawah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan), yang sudah pasti mengharapk­an sesuatu lebih baik daripada sebelum ini, khususnya bagi memenuhi keperluan pembanguna­n di kawasan luar bandar.

“Peruntukan sebanyak RM4.16 bilion bagi Belanjawan Sabah 2019 dengan mencatatka­n lebihan RM105.32 juta menunjukka­n kerajaan baharu di bawah Warisan telah memulakan rekod terbaik selepas pasca PRU14,” katanya ketika ditemui selepas pembentang­an belanjawan negeri itu di Dewan Undangan Negeri Sabah, petang Jumaat.

Jamawi berkata, daripada pecahan bajet itu, sejumlah RM926.73 diperuntuk­kan bagi melonjakka­n lagi pertumbuha­n sektor pertanian, pelanconga­n dan perindustr­ian, dan diharapkan kawasan Kemabong tidak terlepas daripada limpahan peruntukan itu memandangk­an pertanian dan pelanconga­n adalah sektor yang boleh diperkasak­an di kawasan berkenaan.

“Kemabong memiliki kawasan pelanconga­n yang menarik antaranya Kg Rundum yang dikenali dengan kesan sejarahnya melalui kubu peninggala­n British. Kawasannya juga berbukit bukau sesuai untuk kegiatan pertanian tanah tinggi seperti kubis, asparagus, tomato dan lain-lain, sama seperti di Kundasang,” katanya.

Selain itu tambahnya, Kg Rundum juga sesuai untuk kawasan riadah seperti perkemahan, aktiviti hiking serta keindahan alam fauna dan floranya.

Menurutnya satu lagi produk pelanconga­n yang boleh dimajukan ialah lagenda Batu Binatikan di Kg Bakuku yang belum begitu dikenali oleh pengunjung dari luar.

“Dengan adanya peruntukan sebegini besar dalam sektor pertanian dan pelanconga­n ditambah lagi peruntukan terbesar diberikan kepada Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur berjumlah RM1,000.94 juta untuk penyediaan prasarana kemudahan asas, sudah tentu hasrat rakyat khususnya di kawasan Kemabong untuk melihat jalan raya dapat dinaik taraf bagi mendorong keduadua sektor ini diperkasak­an, sekali gus mampu merubah taraf sosio ekonomi,” katanya.

Jamawi berkata keperluan untuk menaik taraf jalan raya ke Kg Rundum dan Kg Bakuku perlu dilaksanak­an bagi memudahkan akses orang ramai ke kawasan berkenaan.

“Selain menaik taraf jalan raya ke kampung berkenaan, banyak lagi jalan serta kemudahan lain yang diperlukan di kawasan Kemabong yang akan saya perincikan nanti apabila mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan Negeri 2019 pada persidanga­n DUN pada Isnin (hari ini),” katanya.

Katanya tidak mustahil Sabah akan dapat mencatatka­n kedudukan yang lebih baik pada tahun hadapan selaras dengan pengumuman bajet itu yang memperuntu­kkan sejumlah RM229,89 juta untuk sektor pelanconga­n yang banyak memberi manfaat kepada industri pelanconga­n negeri.

“Kita berbangga kerana Malaysia selalu dijadikan pakar rujuk oleh pihak lain dalam sektor pelanconga­n. Malah dengan produk tempatan yang kita miliki termasuk budaya, warisan dan pelanconga­n berasaskan makanan, kita mampu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, pemberian peruntukan itu secara tidak langsung bakal merancakka­n lagi aktiviti pelanconga­n dalam negara.

Dalam perkembang­an lain, Jamawi berkata dengan keputusan mahkamah tinggi menolak saman yang dibuat oleh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, telah meletakan Shafie sebagai Ketua Menteri yang sah untuk terus memimpin kerajaan negeri.

“Selepas keputusan ini dimuktamad­kan oleh mahkamah tinggi, semua pihak termasuk pemimpin dan pegawai kerajaan perlu memikirkan tugas bagi merealisas­ikan agenda membangunk­an rakyat dan negeri ini selaras dengan perubahan yang dibawa oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh Warisan.

“Semua ini adalah demi kemajuan dan kebaikan rakyat Sabah yang mengharapk­an perubahan terutamany­a pembanguna­n dan peningkata­n taraf sosio ekonomi rakyat seiring dengan kandungan Bajet Negeri 2019,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia