Utusan Borneo (Sabah)

Jamin keseimbang­an alam semula jadi

DBKK tanam lebih 100,000 pokok sejak 2000

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya menanam lebih daripada 100,000 pokok bermula tahun 2000 sehingga hari ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai berkata, usaha itu bertepatan dengan matlamat DBKK untuk menanam seberapa banyak pokok di sekitar bandaraya bagi mengindahk­an landskap serta menjamin keseimbang­an alam semula jadi.

“Sasaran DBKK adalah untuk menanam 10,000 pokok dalam tempoh setahun. Pada tahun ini, sejumlah 5,000 pokok sudah kita tanam.

“Aktiviti penanaman pokok ini diharap dapat membantu mengurangk­an kesan pemanasan global di samping membantu menyerap karbon dioksida dari udara sekali gus mengurangk­an kesan gas rumah hijau,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Ketua Pengarah DBKK Datuk Ir Amrullah @Ambrullah Kamal sempena Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) 2018, bertemakan ‘Penanaman pokok demi kesinambun­gan masa hadapan’ di Taman Awam Teluk Likas pada Ahad.

Yeo berkata, aktiviti penanaman pokok itu adalah amat penting bagi memastikan kemampanan alam sekitar pada masa hadapan buat generasi akan datang.

Justeru, beliau berharap usaha murni PNMB itu akan dapat dicontohi oleh syarikat lain menerusi program CSR yang mereka akan adakan kelak.

“Saya juga berharap PNMB akan meneruskan program seumpama ini dan menanam lebih banyak pokok sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

“DBKK sememangny­a memerlukan sokongan lebih ramai pihak swasta dan masyarakat setempat untuk melaksanak­an program yang sama pada hari mendatang,” katanya.

Terdahulu, CSR PNMB itu adalah program kali kelima diadakan selepas selesai di ibu pejabat PNMB Kuala Terengganu, PNMB Ipoh dan PNMB Kuching, Sarawak.

Difahamkan, program itu akan terus dijalankan di setiap cawangan PNMB di seluruh Malaysia sehingga membawa jumlah pokok yang ditanam sebanyak 130 batang, bersamaan dengan usia PNMB iaitu 130 tahun.

Hadir sama ialah Pengarah Urusan PNMB Mohamad Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah Datuk Jasri@Nasip Matjakir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Christina Rundi dan Pengarah Jabatan Landskap DBKK Robert Lipon.

“Aktiviti penanaman pokok ini diharap dapat membantu mengurangk­an kesan pemanasan global di samping membantu menyerap karbon dioksida dari udara sekali gus mengurangk­an kesan gas rumah hijau.

DATUK YEO BOON HAI Mayor Bandaraya Kota Kinabalu

 ??  ?? AMRULLAH (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat yang lain menyempurn­akan acara menanam pokok di Taman Awam Teluk Likas pada Ahad.
AMRULLAH (tiga dari kanan) bersama tetamu kehormat yang lain menyempurn­akan acara menanam pokok di Taman Awam Teluk Likas pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia