Utusan Borneo (Sabah)

16 band tempatan jayakan November Rock

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Sebanyak 16 kumpulan band tempatan telah menjayakan program November Rock yang berlangsun­g di Piazza Harbour Mall Sandakan selama tiga hari bermula Jumaat.

Selain itu, program yang julung kali diadakan Persatuan Pemuzik S andaka n (PPS) itu turut diisi dengan aktiviti sumbangan kepada rumah amal, pertanding­an nyanyian, jualan bundle serta pembukaan gerai makanan dan minuman.

Bercakap kepada media, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sungai Sibuga Norizal Husin berharap program itu dapat dijadikan sebagai salah satu acara tahunan dalam kalendar pelanconga­n Sandakan.

“Program ini perlu dikekalkan dalam kalendar tahunan sama ada bagi pelanconga­n mahupun persatuan ini sendiri. Kita juga melihat program ini mendapat sambutan menggalakk­an daripada peniaga kecil-kecilan kerana membantu mereka menjana ekonomi,” katanya.

Beliau juga berharap PPS akan terus mampu menjalanka­n aktiviti sendiri tanpa mengharap bantuan atau peruntukan selain bergantung kepada kerajaan.

Tambahnya, pihak berwajib juga diharap dapat memberi kerjasama kepada mana-mana persatuan yang mahu menjalanka­n aktiviti yang menjurus ke arah kemasyarak­atan sekali gus mampu melebarkan program seumpama ke luar daerah kelak.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur dari PPS, Sutrisno Sumantri berkata November Rock diadakan bagi mempromosi Sandakan sebagai destinasi pelanconga­n selain menampilka­n 16 band tempatan yang berbakat.

Antara objektif lain adalah untuk memartabat pemuzik sekitar daerah ini.

 ??  ?? NORIZAL dan Sutrisno bersama jawatankua­sa penganjur dan ahli PPS pada program November Rock di Sandakan.
NORIZAL dan Sutrisno bersama jawatankua­sa penganjur dan ahli PPS pada program November Rock di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia