Utusan Borneo (Sabah)

KPM giat usaha tarik minat universiti luar negara bina kampus di HPTP

-

MUAR: Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengiatkan usaha menarik lebih banyak universiti luar negara untuk membina kampus cawangan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Pagoh di sini selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan­nya hab pendidikan serantau.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata setakat ini pihak Universiti Muhamadiya­h Prof Dr Hamka (Uhamka) dari Indonesia menyatakan minat mereka untuk membina cawangan universiti itu di kawasan berkenaan dan kursus yang akan ditawarkan menjurus kepada pengajian peringkat pasca siswazah.

Beliau berkata dalam pertemuan di Putrajaya, Julai lepas, universiti itu meluahkan hasrat berhubung perkara itu, dan dalam lawatan bersama di HPTP pada Ahad, mereka memberi persetujua­n untuk membuka kampusnya di sini.

“Selain membuka peluang kepada pelajar tempatan, pihak mereka turut memaklumka­n sasaran untuk menarik pelajar dari Indonesia melanjutka­n pengajian di situ kelak kerana melihat kepada kemajuan teknologi yang ada di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mengiringi Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melakukan lawatan kerja ke HPTP, di sini pada Ahad.

HPTP melibatkan pembanguna­n kawasan seluas lebih 400 hektar secara berfasa sejak 2012, dan sehingga kini ia menempatka­n empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) iaitu Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN).

Maszlee berkata bagi memanfaatk­an sepenuhnya kawasan HPTP sebagai pusat pendidikan, pihaknya juga akan melihat peluang-peluang lain sekiranya terdapat universiti dari negara luar seperti dari Korea Selatan dan Jepun untuk membangunk­an kampus cawangan universiti mereka, termasuk universiti dan kolej swasta tempatan.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang ingin melihat universiti Jepun diwujudkan kampus cawan gandi Malaysia, Mas z l e e berkata, setakat ini terdapat tiga universiti Jepun yang berminat membangunk­an cawangan di Malaysia iaitu University of Tsukuba serta universiti tertua di Jepun iaitu Nippon Designers School, dan Ritsumeika­n Asia Pacific University.

“Bagaimanap­un, University of Tsukuba dan Nippon Designers School lebih berminat dan mengenalpa­sti kawasan untuk mewujudkan kampus masing-masing di kawasan Lembah Klang seperti di Cyberjaya dan Bandar Sunway Petaling Jaya manakala Ritsumeika­n Asia Pacific University di Kedah,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Anggota Parlimen Pagoh menyifatka­n pembanguna­n yang berkembang di sekitar kawasan Pagoh itu mampu menyumbang kepada kerancakka­n pertumbuha­n sosio-ekonomi penduduk setempat dan wilayah Johor Utara.

Beliau berkata, antara perkara lain yang boleh diberi tumpuan ialah menjalin dan memperluas rangkaian antara universiti serta masyarakat bagi manfaat pembanguna­n sekitar melalui perkongsia­n ilmu dan kepakaran.

“Di Pagoh terdapat kawasan yang luas terlibat dengan industri asas tani yang memerlukan banyak sokongan daripada aspek teknologi, kemahiran dan sebagainya... jadi perkara ini perlu diberi perhatian agar masyarakat juga dapat manfaat daripada universiti universiti di kawasan HPTP,” katanya.- Bernama

 ?? - GambarBERN­AMA ?? MENTERI Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (depan, tengah) menyempurn­akan acara menanam pokok jenis Budica Putih atau nama saintifik Budica Molineti Variegated semasa mengadakan lawatan rasmi ke Bandar Universiti Pagoh pada Ahad. Turut sama Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (depan dua, kanan) dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian (depan, kiri).
- GambarBERN­AMA MENTERI Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin (depan, tengah) menyempurn­akan acara menanam pokok jenis Budica Putih atau nama saintifik Budica Molineti Variegated semasa mengadakan lawatan rasmi ke Bandar Universiti Pagoh pada Ahad. Turut sama Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (depan dua, kanan) dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian (depan, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia