Utusan Borneo (Sabah)

Proses pemilihan semula PKR Cabang Tawau, Pensiangan lancar

-

KOTA KINABALU: Proses pemilihan semula PKR bagi cabang Tawau dan Pensiangan yang berlangsun­g pada hari ini berjalan lancar dengan pusat pengundian kedua-dua cabang masing-masing di Dewan Badminton Kompleks Sukan Tawau dan Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan dibuka jam 9 pagi Ahad.

Kedua-dua cabang itu merupakan antara tiga cabang PKRdiSabah­yangmengad­akan proses pemilihan semula selepas keputusan pemilihan pada 3 dan 4 November lepas ditangguhk­an.

Satu lagi cabang PKR iaitu Keningau telah menjalanka­n proses pemilihan semula, pada Sabtu.

Di Pensiangan, tinjauan Bernama mendapati suasana sekitar pusat pemilihan semula PKR bagi cabang itu setakat 12 tengah hari Ahad berjalan lancar dan berlangsun­g dalam keadaan aman tanpa sebarang provokasi dengan anggota parti mulai memenuhi perkaranga­n pusat pengundian seawal jam 6.30 pagi.

Proses pemilihan semula menggunaka­n sistem e-undi itu berakhir jam 4 petang.

Anggota keselamata­n turut ditempatka­n di sekitar pusat pemilihan itu dan dibantu oleh anggota Rela bagi memantau kelancaran serta keselamata­n sepanjang proses pemilihan semula berlangsun­g.

Setakat ini, kira-kira 4,000 daripada 11,000 anggota PKR bagi cabang Pensiangan yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungja­wab memilih barisan kepimpinan baharu PKR.

Pada Sabtu, keputusan tidak rasmi pada pemilihan semula PKR cabang Keningau menyaksika­n calon Timbalan Presiden, Mohd Rafizi Ramli mendahului pencabar tunggalnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan majoriti tipis tiga undi.

Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR memperoleh­i 624 undi manakala Azmin yang merupakan penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR mendapat 621 undi.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia