Utusan Borneo (Sabah)

Kematian tragik Zara, igauan ngeri buat ibu

-

KUALA LUMPUR: Masyarakat hari ini dikejutkan dengan berita kematian seorang bayi perempuan akibat didera fizikal dan seksual, satu perbuatan sadis yang tidak dapat diterima dek akal manusia waras.

Kejadian sedemikian jelas mengundang rasa marah dan empati masyarakat yang mengutuk perilaku di luar kemanusiaa­n itu, namun bagi ibu yang mengandung dan melahirkan bayi tidak berdosa ini, kejadian berkenaan menjadi satu igauan ngeri yang menghantui kehidupann­ya.

“Selagi kes Zara tidak selesai, selagi pelaku tidak dihukum, saya takkan berasa tenang,” kata ibu kepada Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, bayi berusia 11 bulan yang meninggal dunia pada Jumaat selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang.

Bayi yang dilahirkan pada 10 Dis 2017 itu dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhny­a sendiri.

Noraihan Ab Aziz, 22, yang bertugas sebagai operator kilang di bandar Baru Bangi berkata beliau tidak pernah menjangka tragedi hitam seumpama itu akan menimpa keluargany­a dan meninggalk­an kesan yang amat pedih dalam kehidupan mereka.

“Hati saya sakit sangat, apabila melihat keadaan Zara yang menyayat hati, saya serahkan kepada pihak polis untuk melakukan penyiasata­n dan mengenakan hukuman setimpal pada pesalah,” katanya, yang kedengaran begitu hiba ketika dihubungi Bernama

Noraihan dan suaminya Muhammad Zainal Abduk Rahaman, 27, serta anak sulung mereka, Muhamad Alif Zamani, 4, kini berada di kampung halaman mereka di Rantau Panjang, Kelantan untuk urusan pengebumia­n puteri kecil mereka pagi pada Sabtu.

Biarpun pasrah dan reda dengan insiden yang menimpa anak keduanya itu, Noraihan berkata pada awalnya amat sukar baginya untuk menerima kenyataan kematian anak sebegitu rupa.

Kesedihan Noraihan sukar dibendung dan seakan mahu masyarakat mengambil iktibar kejadian itu dan berkongsi episod duka di laman Facebook miliknya.

Noraihan memuat naik status: “Damailah kau di sana sayang... Tunggu ibu di syurga... Ibu halalkan susu yg mengalir di dalam badan anak ibu.. anak syurga ibu #nurmuazara­ulfa”

Beliau turut berkongsi gambar bersama arwah, detik arwah sedang menerima rawatan dan ketika urusan pengebumia­n bayi malang itu diturunkan ke liang lahad.

Ketika bercerita kisah duka nya, N o raih a n berkata anak sulungnya seakan memahami kejadian yang menimpa adiknya apabila mengungkap­kan katakata”kalau adik sudah berada dalam kubur, adik dah tak sakit, adik dah tak payah duduk di hospital, kan ibu”.

Mengimbas detik kejadian, Noraihan berkata beliau dihubungi pihak Hospital Serdang pada petang Rabu, memaklumka­n bayinya dalam keadaan kritikal selepas dibawa sendiri pengasuh dan suami pengasuh.

“Pengasuh bertindak menghubung­i saya sebanyak lima kali tetapi ketika itu telefon tiada liputan.

Sejurus sampai di hospital, saya mendapati pengasuh dalam keadaan serba salah, tetapi suaminya tenang seolaholah tiada apa yang berlaku, katanya.

Noraihan berkata beliau mengenali pengasuh bayinya sejak dua bulan lalu ketika memuat naik status di Facebook untuk mencari pengasuh, dan pengasuh berkenaan bertindak menghubung­i beliau.

“Saya pergi berjumpa dengannya, dan daripada tutur katanya, saya lihat tiada perkara yang meragukan. Namun, ketika berjumpa dengan pengasuh, suami dan anak lelaki mereka berusia satu tahun lapan bulan tiada di rumah,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia