Utusan Borneo (Sabah)

Guna drone basmi Aedes

Lebih efektif terutama di kawasan sukar diperiksa

-

MELAKA: Kementeria­n Kesihatan berhasrat memperluas­kan penggunaan teknologi drone di semua Jabatan Kesihatan negeri di seluruh negara pada tahun hadapan dalam usaha membasmi pembiakan nyamuk Aedes dan wabak denggi.

Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia kerana penggunaan teknologi dr o n e dilihat mampu membantu mengesan pembiakan nyamuk Aedes secara lebih efektif terutama di kawasan yang sukar diperiksa seperti di tempat tinggi termasuk di bahagian atap rumah.

Beliau berkata berdasarka­n maklumat awal, peruntukan pembelian drone berkenaan boleh dimohon menerusi kementeria­n menggunaka­n peruntukan di bawah Belanjawan 2019.

“Saya mengakui penggunaan drone untuk mengesan pembiakan nyamuk Aedes adalah sesuatu yang baharu dilakukan dan setakat ini hanya Jabatan Kesihatan negeri telah menggunaka­nnya dengan pelaburan sekitar RM20,000 seunit.

“Memandangk­an Kementeria­n Kesihatan diberikan sedikit penambahan peruntukan dalam Belanjawan 2019, saya yakin Jabatan Kesihatann­egeriakanm­endapat peruntukan munasabah untuk membeli drone berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurn­akan Program Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Kebangsaan 2018, di sini pada Ahad.

Lebih 300 sukarelawa­n terdiri daripada pelajar sekolah, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia dan Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya bergotong-royong membersihk­an kawasan perumahan di Taman Saujana Seksyen, Bukit Katil di sini dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dan Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Low Chee Leong.

Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata wabak denggi di negara ini mencatatka­n penurunan kepada62,974kesatau­sebanyak 17 peratus dalam tempoh 1 Jan hingga 3 Nov lepas berbanding 76,054 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata jumlah kematian akibat wabak berkenaan juga turut merekodkan penurunan daripada 108 orang atau sebanyak 33 peratus pada tahun ini berbanding 162 orang dalam tempoh sama tahun lepas.

“Di Melaka, jumlah kes denggi dilaporkan dalam tempoh sama tahun ini juga merekodkan penurunan sebanyak 58 peratus kepada 547 kes berbanding 1,290 kes pada tahun lepas. Tiada kes kematian direkodkan akibat denggi di Melaka setakat ini berbanding satu kematian pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata dalam tempoh

DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD Menteri Kesihatan Malaysia

sama tahun ini sebanyak 241 kes denggi direkodkan di Perlis, Kedah (1,650 kes), Pulau Pinang (4,500 kes), Perak (2,293 kes), Selangor (35,173 kes), Wilayah Persekutua­n dan Putrajaya (6,140 kes), Negeri Sembilan (1,371 kes), Melaka (547 kes), Johor (4,810 kes), Pahang (809 kes), Terengganu (408 kes), Kelantan (1,523 kes), Sarawak (586 kes), Sabah (2,828 kes), Wilayah Persekutua­n (95 kes).

Dr Dzulkefly berkata penurunan kes denggi dan kematian akibat wabak berkenaan ekoran usaha berterusan yang dilaksanak­an dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap bahaya Aedes dan langkah pencegahan yang perlu dilakukan selain Program Komunikasi untuk Perubahan Tingkah laku (COMBI).

“Setakat ini sebanyak 3,082 COMBI telah dilaksanak­an di seluruh negara melibatkan keanggotaa­n sukarelawa­n sebanyak 63,000 dan program ini akan terus dilakukan secara berterusan dan seriua melibatkan pelbagai pihak terutama jawatan kuasa taman perumahan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata hasil siasatan laporan kes gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan di sebuah hospital di Lembah Klang akan dibentangk­an kepadanya minggu hadapan sebelum tindakan sepatutnya diambil.

“Siasatan kes berkenaan telah selesai dan ia akan dikemukaka­n kepada saya dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam untuk langkah seterusnya. Saya tidak boleh mendedahka­n butir lanjut berkaitan tindakan yang akan diambil namun ia dilakukan mengikut bukti kukuh dan lunas undang-undang,” katanya.-Bernama

“Memandangk­an Kementeria­n Kesihatan diberikan sedikit penambahan peruntukan dalam Belanjawan 2019, saya yakin Jabatan Kesihatan negeri akan mendapat peruntukan munasabah untuk membeli ” drone berkenaan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia